Sentuhan Kasih Sayang...




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


Sentuhan Kasih Sayang .....bingkisan bt Mama & Mak





Banyak perkara yg boleh dilakukan orang tua utk mengungkapkan kasih sayang kepada si anak. Islam sebagai agama yg sempurna melalui kisah Rasul-Nya banyak memberikan teladan dlm hal ini.


Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan kasih sayang di dlm qalbu seorang insan bernama ibu sehingga sentiasa menghiasi segala apa yg ada buat kita. Gambaran apa pun yg ada di antara ibu dgn anak mereka tdk lain melambangkan kasih sayang mereka. Sekeras apa pun tabiat sseorang ibu namun di sana tersimpan kecintaan yg besar terhadap anak anaknya.


Besar kasih sayang ini terlukis dari hati nurani insan bergelar ibu. Tika ku senang atau pun berduka ibu sentiasa disampaing ku. Buat sahabat2 yg bergelar anak ku sediakn kisah suka duka seorang insan bergelar ibu. Air mata ku menitis terkenang dosa dosaku terhadap ibuku.


Moga kisah ini mengisafkan kita.. :


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

“Saya Sayang Mama”

13 comments:

HURUL MARDHIYAH said...

perkongsian ttg insan begelar ibu..

Hadis Abu Hurairah katanya:

Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Jadi sahabat sygilah mereka

nukilanbayangan said...

http://www.youtube.com/watch?v=1mqmr31fAGk&feature=related

HURUL MARDHIYAH said...

makasih yerp ..
sedih nyer lagu ni =]

شاح اندرني said...

Selamat hari ibu..
Bagi Ana hari ibu hari-hari...

HURUL MARDHIYAH said...

alhamdulillah selamat hari ibu jga bt sahabat2 bloggers..

benar hari3 hari ibu ..
sbb stiap hri mreka ingt akan kite =]

Solehah said...

memang sangat tersentuh..selalunya memang sifat ibu bagini..sanggup berkorban apa saja demi anak-anak.

HURUL MARDHIYAH said...

alhamdulillah ..
makasih ukhti solehah..

sy pn trsentuh bce kisah ni jdi better sy share dgn shabt2 lain agr mnjdi iktibar :)

nukilanbayangan said...

salam, sekadar perkongsian berkenaan pengalaman yg ana alami sendiri..
http://nukilanbayangan.blogspot.com/2009/05/belaian-ibu.html

Pacifist said...

salam hurul
tersentuh dgn cerita ini,lebih2 lg sy baru menerima amanah baru dlm keluarga.moga dia,saya dan semua di luar sana lbh menghargai seorang ibu,isteri dan secara umumnya seorang wanita.

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt ..en faiz

makasih sbnr nya ana dh bce kisah tu..
thanks again ..yerp

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussaam wbt ..
pacisist...alhamdulillah moga mndapt ikhtibar..
mabruk ye dh jdi abbi alhamdulillah
tggjwb besar tu ..
ga dpt mndidik ank mnjdi mujahid islam dlm mmprjuang kan Islam isnyaAllah =]

Werdah said...

Salam Hurul Mardhiyah.

Cerita yang begitu menyentuh hati, semoga kita dapat ambil iktibar. Pengorbanan ibu tak dapat dibalas semuanya, cuma Allah jajnjikan syurga bagi sesiapa yang berbuat baik dan tidak menyakitkan hatinya. Wahai ibu, wahai anak sabarlah dalam menuntut syurga yang didambakan.

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt ckgu ..

alhamdulillah skadar prkongsian bt sahabat2 agar mngmbil iktibar dri kisah ni..
yerp benar ckgu pngorbanan ibu trlalu bsr..
melahirkan kite bagai bertarung dgn maut.

insyaAllah ckgu sy akn cube yg trbaik mnjaga ibu sy.

Post a Comment