بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم
Kala Cinta Memanggil..
Cinta? Jarang orang berbicara tentang cinta , rindu dan cemburu. Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta. Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan. Kala Cinta Memanggil..
Siapa? Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Sehingga ada segelintir remaja yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”.
Namun.. Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta. Katanya berdosa cintan cintun ini...
Apa itu Cinta ? Apa itu rindu?
Cinta juga makhluk. Rindu juga makhluk ciptaan Allah taala. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya. Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu. Ada benar juga kata orang tak kenal maka tak cinta ...
Selami erti CINTA, RINDU & CEMBURU
Cinta, rindu dan cemburu adalah 3 perkara yang tidak boleh kita nafikan dalam hidup kita. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang. Menakujubkan kerna Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang.
Buktinya? Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya.
Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar. Sebagai contoh paling dekat , ayah dan ibu kita tanpa wujudnya cinta dalam hati mereka maka tidak akan wujud kita.
Tanpa cinta mereka tidak mungkin kita dapat dibesarkan dalam keadaan yg sempurna, menjadi seorang yg berguna dalam hidup kita kini..
Walaubagaimanapun... Kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya. Begitu juga rindu dan cemburu. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain.Lihat sahabat indahnya pentingnya cinta dalam kehidupan. Cinta itu kasih syg ...perasaan yg mulia diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah taala..
Cinta menurut al-Qadhi al-Syeikh Muhammad Ahmad Kan’an di dalam kitabnya Usul al-Muasyarah al-Zaujiyah ialah kecenderungan hati terhadap perkara yang dicintai. Cinta sebenarnya adalah perbuatan dan amalan hati. Bukan amalan anggota badan.
Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.
Menurut al-Qadhi Muhammad Kan’an, kunci utama kepada cinta bermula dengan pandangan mata. Oleh sebab itulah Baginda sallallahu alaihi wasallam menggalakkan kepada seseorang yang ingin bertunang agar melihat terlebih dahulu kepada tunangnya. Agar bertambah rasa cinta dan rindu.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Nasa’ie rahimahumallah daripada Saidina Syukbah radhiyallahu anhu katanya:
خطبت امرأة فقال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم: هل نظرتَ إليها ؟ قلتُ : لا , قال : فانظر إليها فإنه أحرى أن يؤدَمَ بينكما
Maksudnya: "Aku telah meminang seorang wanita. Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya kepadaku: Adakah kamu telah melihatnya wahai Syukbah? Aku menjawab: Tidak Ya Rasulallah. Maka sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Lihatlah padanya, sesungguhnya dengan melihat itu akan menjadikan kamu berdua merasa lebih serasi dan berkenan."
Fahami Cinta? Sesuatu yang perlu kita fahami ialah cinta sebenar itu ialah cinta yang ingin dibina atas dasar iman. Maksud saya bukan sekadar bercinta tetapi meletakkan bahawa wanita yang dicintainya dan lelaki yang dicintainya akan dijadikannya sebagai isteri dan suami. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhuma:
لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح
Maksudnya:" Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan."
Jalinan kasih atas dasar cinta. Cinta untuk menuju cinta Nya. Cinta diri apa adanya. Tidak saling menuntut bahkan saling memperbaiki diri. Itulah pernikahan...
Kebahagiaan akan jauh lebih indah, ketika dua keluarga besar itu bersatu. Subhanallah, penuh rasa syukur. Syukur atas nikmat Nya, syukur atas nikmat sebagai seorang Islam. Sungguh indah, kerana dengan bernikah silturahim antara keluarga terjalin.
Besarnya hikmah pernikahan dalam Islam..Islam itu sendiri telah menyediakn sebaik baik penyelesaian..Bagaimana dengan sahabat kala cinta memanggil mampu kah kita menghadapi nya..insyaAllah pilih la sebaik baik jln sahabatku :)
20 comments:
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta. Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...
Subhanallah!sgt22222 bagus penulisan ini.
Saya jga sedang berbicara tentang cinta di blog saya.Sudah masuk siri ke 5.kalau ada masa,ziarahlah blog saya ya~
alhamdulillah enta
syukur pd Allah taala diberi ana kekuatan bt menulis article ini ..
terhasil dri hati seorg shbt..
ana terjemahkn dsini bt shbt2
insyaAllah ana ziarah ..
assalamualaikum wbt..
Cinta..ia merupakan suatu yg indah.fkran kite akan melayang jauh apabila menikmatinya dan memikirkannye.kita akan terus memikirkan mase dpn yg indah bersama si dia.
namun,irin berani mengatakan cinta slps lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA adalah lbh indah drpd cinta sblm nikah.cinta yg direstui kluarga..=)
namun seeloknya,carilah psgn yg elok agama nya utk d jadikan pemimpin dlm melayari bahtera rumah tgga nt.
"Aku menyintaimu kerana agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama yg ada padamu maka hilanglah cintaku padamu wahai mujahid idamanku..."=)
utk mencari yg soleh, kita hendaklah berusaha utk menjadi si solehah t'lbh dahulu.
wassalam..
kalau itu dikisahkan cinta...alangkah baiknya biarkan aku merasainya sesudah aku berumahtangga...cinta yang halal
waalaikumussalam wbt..
ukhti ireen :)
benar CINTA itu indah sgt apabila dinikmati bersama seseorg yg kita dambakn yg kita sygi ..
namun tiada lafaz yg hbt dlm hubungan sesama manusia slain lafaz akad itu sndri ..
entry kali ini ukhti ireen adlah kesinambungan dri entri wanita dambaan setiap wanita,..
setelah mnjdi wanita solehah pasti kita ingin mnjdi istri dn ibu yg solehah spy dpt lhirkan dn mndidik bkal2 mujahid dn mujahidah insyaAllah ..
bt shabat blogger uncle joe..
syukran link ana :)
cinta pd manusia hnya smentara namun yg hakiki sdg menanti kita ..
insyaAllah enta pasti ..
ana amin kan :)
Gambar di atas itu cantik sgt2.teringin utk menjadi gadis bertudung pink itu. di peluk oleh sorg yg sah bergelar suamiku..
InsyaAllah..masa nya akan tiba nt.
Doakan yg terbaik ye utk irin sahabatku..
dear ireen :)
thanks yer, sudi lwt blog ni..
nmpk nya ireen peka dgn prkara2 spt ni alhamdulillah :)
insyaAllah stu hri pasti ireen disunting ikhwan yg blh mmbimbing ireen..
insyaAllah, tini doakn yg trbaik bt sahabt2 :)
jaga diri , jaga hati , jaga iman
erm..
cinta nh mmg ckup indah kn..
tp smoge cinta yg tbine kpd Allah lebe mndalam dr cinte sesame makhluk kn..
=)
dear ukhti hana,
ade shabt ana pernah berkata ...
ya benar cinta itu ckup indah...
namun tak dpat menagtasi cinta yg hakiki...
sekali rasa cinta itu hadir..
ingatlah ianya adlah kurnia Allah...
sambutlah dgn benar,
jaga, pelihara dan
jadikan ia cinta yg menghantar ke syurga..
amin yg Rabb
Salam ziarah..
Nice post.. Ssungguhnya cinta itu hnya alat, tp rmai yg salah anggap ia matlamat..
Ad pendapat mengatakan 'cinta' = sma2 msuk syurga? btul ke x?
Wallahu'alam
salam ziarah kmbali ..
alhamdulillah :)
CINTA=MSUK SYURGA ?
bg ana maybe bkn ungkapan cinta yg sesuai tp kasih syg.
Di dalam ajaran Islam, Mengasihi Sesama Manusia adalah bagian terpenting dari ajaran Nabi Muhammad saww dan Ahlul Baitnya.
Mencintai umat manusia adalah realisasi dari ajaran al-Qur’an, yang mana pengutusan Nabi Muhammad Saww merupakan rahmat dan wujud kasih sayang Allah SwT atas Alam Semesta ,
“Tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat (Ku) atas Alam Semesta.” (QS Al-Anbiya’ [21] ayat 107)
utk lbih jelas enta boleh lihat dri hadith ini :
Di dalam hadits lainnya diriwayatkan Rasulullah saww bersabda, “Demi Yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidaklah masuk Surga kecuali orang yang memiliki rasa kasih sayang.”
hrp dpt mmbntu enta yer :)
Salam Hurul Mardhiyah.
Kerajaan Allah adalah Kerajaan Cinta. Semua ciptaanNya dicipta dengan penuh rasa cinta.
Jadi tak patutlah kita tidak mempunyai rasa cinta.
Alangkah hebatnya kalimah C.I.N.T.A...
Sentiasa disalaherti akannya...
waalaikumussalam wbt ckgu ...
terasa hbtnya anugerah yg Allah berikan ..
suatu perasaan ...
terima kasih ckgu :)
sahabat blogger, @MBe
ya benar anugarah Ilahi ..
yg Allah cetuskn dlm setiap hati manusia..
Cinta @ kasig syg sntiasa dislah gune..
pabila disalah gune ..
akhirnya cinta @ ksh syg disalahkan
cik hurul mardhiah, best topic awak ni. memang betul muda-mudi skarang ni terlalu ikutkan nafsu. cinta hanya pada nama jer. sanggup berzina atas dasar cinta. cinta yang penuh dengan pujuk rayu iblis. nauzubillah.. sy pernah dengar sorang motivator bg tips. bagi yang dah berumah tangga, jika dikurniakan perasaan cinta pada suami dan isteri, hendaklah bersyukur atas perasaan cinta yang telah dikurniakan oleh Allah itu. supaya kelak DIA akan berikan kita lebih lagi perasaan cinta antara suami isteri itu apabila setiap kali diberi, kita bersyukur. :-)
http://wanshah87.blogspot.com
alhamdulillah ...
moga same2 kita mnfaatkan insyaAllah ..
perasaan antara suami dn istri dikatakn sgt indah ..dgr dri shbt2 yg dh walimah
ana xtau la xkawin lgi ..=)
ade benar cinta pd nama saje ...org salh apply cinta tu kat tmpt yg slah... nauzubillah
ana suke dgn nasihat dri enta ni ..
bt kite sedar dimana msti apply cinta tu..
ape method yg prlu dlm hbgn sbgai suami istri spy trud kekal..insyaAllah
amin...=)
Post a Comment