WANITA dambaan setiap Wanita




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.





“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Seorang wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa dalam pujian Allah Swt.



Secara umumnya wanita seringkali dikaitkan sebagai perhiasan dunia yang menjadi penyejuk hati dan mata. Ianya menjadi dambaan setiap wanita walaupun dalam keadaan yang sempurna atau pun tidak.Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.



Namun, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?



Malah, seringkali kita lihat wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau terpapar didada akhbar.Mengapa harus begini bukankah wanita sentiasa menjadi pujaan setiap insan bernama lelaki sehingga kita tidak sedar bahawa bidadari syurga cemburu terhadap wanita.


Kita tertanya-tanya apakah sebabnya.... namun garis pemisahnya hanya kerana sekeping hati. Ya benar ...hanya kerana sekeping hati.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Dan ketahuilah sahabat , bidadari mencemburui kesolehan wanita-wanita yang solehah dan sehingga sanggup menjadi khadam di akhirat nanti. Tidakkah kita bersyukur menjadi wanita ?
Wanita solehah yang menjadi dambaan setiap wanita-wanita didunia ini.


Namun sahabat,
jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk digunakan oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Sahabat, hal ini diibaratkan bunga plastik dan bunga sebenar. Berbanding bunga sebenar, bunga plastik pabila disembur dengan pewangi lebih harum dari bunga sebenar namun harumnya tidak kekal lama. Manakala bunga sebenar tetap harum walaupun diletak dimana-mana. Tapi bunga plastik kaku dan kita tidak dapat merasai kelembutan disebaliknya.



Apabila wanita yang hatinya jauh dari Tuhan jangan terkejut kerana mereka masih mampu menjadi perhiasan dunia. Ya!! perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya seperti cetak rompak yg mudah didapati. Natijahnya hati kaum Adam hanyut dengan perhiasan ciplak semata-mata. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!



Manakala Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki perhiasan sebenar bukan cetak rompak ye
ini kerana pastinya hidup akan ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Jadi sahabat manakah pilihan saudari? memilih untuk menjadi `bunga sebenar'. Wanita solehah yang membawa ketenangan ataupun memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran.



Dan ketahuilah sahabat-sahbatku,Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa dan Islam itu sendiri fleksible. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Fikir-fikirkanlah sahabatku ..kita sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan yg benar InsyaAllah ..



23 comments:

HURUL MARDHIYAH said...

sebelum menjadi wanita dambaan laki2 yg solehah..perlunya sahabat mempraktikkn buat menjadi wanita solehah dambaan setiap wanita :)

Rizzuan Shah said...

MasyAllah.. subhanAllah. syahdu jer baca entry ni. memang betul wanita solehahlah penghias dunia sebenarnya. Malah bidadari syurga pun cemburu dengan wanita didunia ni. Tapi masih ramai lagi yang tenggelam dengan nikmat didunia ni. sepatutnya kecantikan diri tu bukan utk ditunjuk². kerana terlalu mahal nilainya. tapi dah terbalik. lagi ditunjuk² pulak seperti tak bernilai.. bagus penulisan tuan blog ni. teruskan menulis yer. InsyAllah saya akn datang menziarah selalu diblog ni. :-)

p/s: jom melawat, follow dan share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com

HURUL MARDHIYAH said...

Allahu akhbar...
syukran enta ...
moga para sahabat boleh teladani bt menjadi
wanita solehah kebanggaan umat Islam insyaAllah

Ayue Aishah said...

salam.

ayue suke bace entry ni...
mmg sume wanita pon nk jd baik dan solehah..
mungkin kerana kurangnya ilmu dan pendedahan..
perlukan bimbingan dari org sekeliling... seperti diri ayue juga yang byk kekurangan..

bagi ayue sememangnye untuk memperbaiki diri, kite perlu saling nasihat menasihati, saling mengingatkan...

dan ayue memesan diri ayue juga..

semoga semua akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah...

insyaallah.

~luruskan hati kami Tuhan agar tidak terpesong dari jalanMu....

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt ukhti,
alhamdulillah moga sahabat jga punya pegangan yg kuat buat menjadi seorang wanita yg bkn sahaja beragama Islam tp menjiwai Islam ...

Menjiwai keindahan menjadi seorang muslimah insyaAllah ...

Moga Allah memelihara iman kita dari terpesong Amin...

pR!ncESs mUsL!m@H said...

salam ukhuwah ukht..
nice entry..
boleh menjadi penguat semangat insyaAllah..
moga menjadi wanita yg terbaik dr yg terbaik..
mohon copy er..:)

HURUL MARDHIYAH said...

salam ukhwah enti :)
alhamdulillah moga sama2 kita mnfaat ilmu..
owh silakn enti ..

Anonymous said...

salam...ape khabar? apa kabar iman mu? apa kabar teman2 di sekelilingmu..=) nice entry. i like it. sesungguh nye mmg menjadi dambaan para wanita islam untuk mnjd wanita solahah. Semoga apa yg kita impikan itu mnjd kenyataan. Bg ireen, mnjd wanita solehah itu cukup lh sekadar mnjadi lbh baik dr smlm.

Care pemakaian ssorg itu bkn mnjd pengukur ke arah solehah nye sorg wanita itu tp ialah sejauh mane dia mengigati Dia. Tidak di kira beriman ssorg hamba itu tanpa di uji tuhannye.

Wanita itu hiasan dunia.Seindah hiasan, adalah wanita solehah.

Kamu menjadi sebutir mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi di lindungi kulit.
Bukan senang nak melihat. Apa lagi mendapatkannya.
Hanya orang yang bertuah sahaja. Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya. Harganya mahal sekali. Dan ia akan tersimpan selamanya.

sekadar perkongsian pendapat untuk mengejar syafaat nye. Moga kita mndapat gelaran wanita solehah. Amin...=)

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt ireen..
alhamdulillah hrp enti jga dlm sejahtera insyaAllah ...

ye benar pemakaian memainkan peranan penting dlm bg aurat seseorg wanita islam..
yg memcerminkn akhlak seseorg ...

syukran enti ..insyaAllah untk mnjadi wanita solehah haruslah istiqamah tetapkan hati ...
Amin ...

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikuumussalam wbt enta..
insyaAllah ana try untk mmbrikan bahan yg tbaik bt bacaan shbt2..

semoga enta sjahtera dn peroleh kberkatan...
syukran ats nasihatnya..
sama2 kite sling mnasihati insyaAllah

nuranuraniku.blogspot.com said...

salam sobat
benar mba Hurul..
perhiasan dunia adalah wanita yang sholeha.

HURUL MARDHIYAH said...

salam ukhti :0
alhamdulillah moga kite same2 merenung n memeikirkn jln bt mnjdi wanita solehah

Captain said...

salam,

satu pengkonsian yg baik utk wanita dan gadisx yg teringin mengubah cara hidup yg lebih baik.

Ana juga sedang mencari wanita solehah..

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt..
insyaAllah moga shbt2 blh mengambil inti dlm article ini insyaAllah

Werdah said...

Salam Hurul Mardhiyah..

Suka blog ni.. nanti datang ke blog cikgu.. ada award untukmu ya.. thanks

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt...

alhamdulillah ckgu ..insyaAllah ckgu syukrn byk2...
hrp ckgu sht2 :)

Werdah said...

Salam Hurul Mardhiyah..

Caranya sama seperti Hurul upload gambar2 lain ke blog kemudian copy je soalan2 tu dan jawablah.. insyaAllah n terima kasih krn ke blog cikgu.. seronok berkenalan dgn civil engineering student..

Solehah said...

terima kasih entry ni..

HURUL MARDHIYAH said...

ALHAMDULILLAH ENTI
SAME2 ...SYG DGN ENTI MOGA MENJADI SEORG MUSLIMAH YG BERGUNA BT UMMAH INSYAALLAH :)

mohd noor fathi b montalib said...

salam..
mantap entry ni..
teruskan menulis u semua..
thanks dtg ke blog sye y x seberapa.. malu je xde bahan .. hihihih

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt...
alhamdulillah syukran yer..
insyaAllah ye enta

ummu said...

assalamualaikum Hurul Mardhiyah
syukran laki atas ingatan ini Hurul
benar, kita perlu menjadi wanita solehah dahulu
meski sukar. Banyak halangan,usaha perlu diteruskan.apabila telah menjadi isteri,kehormatan diri perlu dijaga.Moga Allah nilai usaha kita itu.

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt ukhti qaseh mas ..
alhamdulillah moga entry ni mnjadi pnddorng bt kite smue ...bkn saje solehah dri luar tp dri dlm..

benar ukhti pabila mnjadi seorg suri dlm rmh tangga segala nya prlu dijaga agar dpt mmbwa keberkatan insyaAllah ..

sykran ukhti ..

Post a Comment