Wanita ...






بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


http://www.alnisadesigns.com/haya/Tuerk.jpg



Islam amat mengambil berat tentang kaum wanita. Hal tersebut tidak berlaku dalam ajaran -ajaran sebelum kedatangan Islam. Kedudukan wanita begitu penting hinggakan sering kedengaran satu ungkapan bahawa "tegaknya suatu negara sangat tergantung dgn akhlaq wanita dalam negara tersebut" Mungkin ada yang menganggap ini berlebihan,namun apa yg pasti,wanita juga menjadi penentu dalam kejayaan sesuatau umat.


Di dalam ajaran Islam,lelaki dan wanita tidak dibezakan peranannya dalam beragama.Kedua memiliki kesempatan yang sama dalam berusaha berbuat yg terbaik bagi diri,Keluarga dan masyarakat.Jelasnya, AL-Quran tidak membezakan kelakuan terhadap lelaki dan wanita. Beberapa ayat menjelaskan hal tersebut:


"Barang siapa yg melakukan kebaikan, baik lelaki maupun perempuan sedangkan ia mukmin,mereka akan masuk surga.... (An-nisaa'4;124)


"Aku tidak mensia siakan amal orang yg beriman diantara kamu, baik lelaki maupun perempuan..." (Ali -imram 3;195)


"Org org yang beriman lelaki dan perempuan satu sama lain saling melindungi. mereka sama sama menyeru kebaikan dan mencegah dan mencegah kemungkaran, mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,mentaati Allah dan rasul-nya.Allah menyayangi mereka....." (At-Taubah 9:71)


Al-Quran juga memberikan kepada kita penjelasan tentang beberapa golongan perempuan,di mana boleh di katakan, bahawa apa yg pernah terjadi pada masa lalu dan di abadikan dalam Al-Quran agar menjadi iktibar bagi kaum mukminin yang wanita khususnya dan lelaki pada umumnya. Kerana, masalah yg berhubungan dgn wanita yg terjadi di muka bumi ini, hampir selalu berkait dgn kaum lelaki.


GOLONGAN PERTAMA


Golongan pertama adalah jenis wanita yg solehah yang diwakili oleh Maryam. Nama Maryam di sebut beberapa kali dalam ayat-Nya selain juga menjadi salah satu nama surah dalam Al-Quran. Ia adalah salah satu wanita solehah yg menjaga kesucian dirinya,mengisi waktunya dgn pengabdian yg tulus kepada Rabb-nya.


"Dan Maryam putri Imran,yg menjaga kesucian kehoprmatannya. kami tiupkan roh Kami dan ia membenarkan kalimah Tuhan-Nya dan termasuk org yang taat...."(At-Tahrin;66;16)


Maryam adalah tergolong wanita solehah. Kehormatanya terletak dalam kesucian,bukan dalam kecantikan. Masih byk nama wanita solehah baik yg tersebut dlm hadits-hadits Nabi mahupun dlm sejarah.


GOLONGAN KEDUA


Al quran juga menerangkan golongan perempuan pejuang untuk menjadi contoh para muslimah .Golongan yg kedua ini di contohkan dgn sempurna oleh Asiyah binti mazahim, istri fir'aun yg hidup di bawah kekuasaan suami yg zalim. Asiyah dgn teguh memberontak, melawan dan mempertahankan keyakinanya walau apa pun risiko yg di terimanya.


"Dan Allah menjadikan teladan bagi orang orang yg beriman perempuan Fir'aun,ketika ia berdo'a:Tuhanku,bangunkan bagiku rumah di Syurga. Selamatkan aku dari Fir'aun dan perbuatanya.Selamatkan aku dari kaum yang zalim...."(At-Tahrim 66:11)


Al quran memuji wanita yg membangkang kepada suami yg zalim .Pada saat yg sama Al quran juga mengecam perempuan yg menentang suami yg memperjuangkan kebenaran, seperti istri Nabi Nuh AS dan istri Nabi Luth AS.


Selain Asiyah,ada pula contoh contoh perempuan pejuang meskipun suami-suami mereka bukanlah org zalim, melainkan para pejuang kebenaran. Khadijah binti Abu bakar, Nusaibah binti Ka'ab, adalah contoh nama nama yg bersama suami memperjuangkan agama Allah.


GOLONGAN KETIGA


Golongan ketiga yg di jelaskan dlm Al Quran adalah wanita penggoda. Jelas yg satu ini di wakili oleh Zulaikha menggoda Yusuf AS. Dlm kisah Zulaikha menggoda Yusuf inilah, Al Quran menunjukan kepandaian perempuan melakukan penipuan. Kisah ini disingkapkan di dlm surah Yusuf.


Termasuk golongan yang manakah anda? fikirkanlah.......



12 comments:

UstazCahaya said...

Salam Ziarah, Adik Hurul Mardhiyah;-)

Saya lelaki, jadi tidak perlu jawab soalan itu kan;D

Oh ya, saya ada buku baru yang nak dipromotekan kat kamu. Baca di blog saya:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/01/wo-ai-ni-allah-kisah-para-pencari-tuhan.html

PS: Maaf jika adik dah tahu tentang novel itu ya;-)

HURUL MARDHIYAH said...

salam ziarah kembali enta..
syukran sudi bce...
really ade bku bru ..
wow dat great!!.

tp ana dh bce bku tue..
xpe2..

Unknown said...

salam...entry yg menjadi panduan bagi saya kelak.Terima kasih~

Unknown said...

bagus artikel awak ni,teruskan dgn artikel yang dapat menarik kaum wanita ke kecermelangan Islam hari ini ,di dalam dunia yang serba mencabar hari ini,seandainya kita dapat menarik seorang kaum hawa ke arah kebaikan maka kita juga akan berjaya menarik beberapa lelaki ke arah kejayaan, memadai jikalau kita bayangkan seorang perempuan yang mendedahkan auratnya, dia dapat mengundang dosa di beberapa kalangan lelaki... tetapi haruslah di ingat, ALLAH berfirman di dalam surah yusof ; ...tipu daya wanita adalah amat besar...

wallahualam.

HURUL MARDHIYAH said...

to iqbal syarie: waalaikumussalam wbt..
syukran enta ...

HURUL MARDHIYAH said...

to zaim zaiman: alhamdulillah tq enta
insyaAllah ..syukran ats peringatannya :)

Faarihin said...

Assalamualaikum.. singgah sini tuan umah.. pengisian yang sangat bagus. saya tumpang ceduk ilmu di sini ya.. teruskan perjuangan ya ukhti.. (^__^)

nak add link blog ni.. salam ukhwah dari saya..

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt...
alhamdulillah

insyaAllah syukran :)
salam ukhwah fillah

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

betul 2..saya sokong perempuan dalam bab ni..:-)

HURUL MARDHIYAH said...

alhamdulillah syukran shbt2 :)

THE EVER said...

assalamuailaikum semoga makin tebal iman kita

HURUL MARDHIYAH said...

waalaikumussalam wbt..
insyaAllah ats nsht nya amin ..

Post a Comment