Kecelaruan Kitab Bible dan Penipuan Ayat-ayat Injil (Part 1)



سمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم




Oleh : Imran Al-Malizi

Firman Allah s.w.t (yang bermaksud):
“Kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”
(Al-Baqarah : 79)
Umat Islam secara umumnya mengetahui bahawa agama Yahudi (Judaisme), Nasrani (Kristian) dan Islam adalah tergolong dalam agama-agama samawi yang datang dari sumber yang satu; wahyu Ilahi.Walau bagaimanapun, kitab-kitab suci yang terdahulu iaitu Taurat (Torah) dan Injil (Gospel) telah pun diselewengkan oleh para pendeta dan rahib mereka. Ini dapat diketahui sama ada melalui firman Allah s.w.t di dalam al-Quran ataupun difahami secara umum.
Di tengah-tengah kegawatan dan krisis akidah yang sedang hebat meratah keyakinan umat Islam di timur dan barat, khususnya gejala murtad yang melata di tanah air kita, adalah merupakan suatu yang sangat signifikan bagi kita selaku penganut Islam lebih-lebih lagi sebagai penuntut ilmu agar meneliti kembali dakwaan tersebut dengan lebih konkrit. Supaya kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang hanya beriman dengan ‘berpeluk tubuh’.Melalui ruangan yang terhad ini, penulis hanya akan menyentuh beberapa doktrin di dalam ajaran Kristian yang berkait dengan kecelaruan Kitab Bible.
Adakah Tuhan itu Tiga (Trinity) atau Esa ..?
Firman Allah s.w.t. (yang bermaksud) :
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa...” (Al-Maa'idah : 73)
‘Trinity’ adalah paksi utama ajaran Kristian. Tanpanya, ajaran ini seolah-olah kehilangan tunggak. Doktrin ajaran ini mengatakan bahawa Tuhan itu terdiri daripada 3 juzuk iaitu : Tuhan Bapa (God / The Father), Tuhan Anak (Jesus Christ/ The Son/ The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost/ Holy Spirit). Ketiga-tiga unsur ini juga merupakan ‘satu tuhan’ yang disembah oleh para penganut Kristian. Hujah yang menguatkan dakwaan mereka itu terdapat pada sepotong ayat yang didapati di bahagian Perjanjian Baru (New Testament) di dalam kitab Holy Bible, King James Version (KJV) atau Authorized Version (AV). Iaitu ayat yang berbunyi :
“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost : and these three are one.” (The First Epistle of John Ch.5 : V.7)
Inilah satu-satunya dalil yang paling jelas mengatakan bahawa ‘satu’ Tuhan itu terdiri daripada 3 unsur iaitu Tuhan Bapa (The Father), Tuhan Anak (The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost). Setahu penulis, tidak ada lagi ayat-ayat lain di dalam kitab Bible yang menyatakan sejelas-jelas ayat ini, dan ayat inilah yang menjadi ‘modal’ utama para pendakyah misionari Kristian untuk menyebarkan ajaran bahawa Tuhan itu ‘tiga dalam satu’ (Trinity : in Christianity – the union of Father, Son and Holy Spirit as one God).
Bagaimanapun, adakah ayat tersebut benar-benar datang daripada wahyu Tuhan ataupun hanya REKAAN dan PENYELEWENGAN para pendeta mereka?!! Sebenarnya ayat tersebut telah pun disingkirkan oleh para ilmuwan Bible daripada cetakan kitab-kitab Bible mutakhir dan ianya dikira sebagai ayat palsu.
Bersambung...

8 comments:

MuNie said...

cantek! sila sambung post ni. teruja nk baca.. :)

HURUL MARDHIYAH said...

ukhti munie..
insyaAllah

HURUL MARDHIYAH said...

akhi ibnusufi
trima ksih :)

Mohd Hanyzan Al Muari said...

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkatilah tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
Jadikan Itu Panduan Hidup...

Al Mahadaya said...

Islam dicipta juga hasil tipudaya musuh2 tuhan. Selepas zaman nabi, al quran di rosakkan dgn meletakkan tanda dan baris bagi mencipta agama islam. Nabi tidak beragama Islam kerana al quran di zaman nabi tidak berbaris dan tidak akan menemukan perkataan Islam di dlmnnya dan tuhan menyembah tuhan yg disembah oleh semua nabi2 dan org2 beriman iaitu Allaha (Al-Segala, Laha, Milik Dia) dan bukan Allah yg tidak bermakna. Perhatikan firma tuhan ttg agama yg diredhai.
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allaha telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Asalama". (132) Al Baqarah
Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, bahkan agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia dari golongan orang musyrik". (135) Al Baqarah
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allaha, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allaha mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (125) Al Nasaa

HURUL MARDHIYAH said...

alhamdulillah..
amin ya Rabb..
syukran jzln ya akhi: Mohd Hanyzan Al Muari

HURUL MARDHIYAH said...

alhamdulillah ya Rabb 'alamin..
trima kasih ats peringatan mahadaya..
hrp kite saling mngingati insyaAllah ..

adikakak said...

Islam x dicipta oleh musuh2 Allah n al-Quran x dirosakkan. Sebenarnya kita hnyalh ummat pimpinan Nabi2. Bukankah Allah itu memelihara kitab2, n hamba2 yg beriman kpdNya.
xkiralh gelaran Allah, islam ataupn lain2. Apa yg penting kita x sesat n telah mentauhidkan Tuhan yg sbnr..

Post a Comment