Kala Cinta Memanggil...




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


Kala
Cinta Memanggil..


Cinta? Jarang orang berbicara tentang cinta , rindu dan cemburu. Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta. Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan.

Siapa?
Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Sehingga ada segelintir remaja yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”.


Namun..
Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta. Katanya berdosa cintan cintun ini...

Apa itu Cinta ? Apa itu rindu?

Cinta juga makhluk. Rindu juga makhluk
ciptaan Allah taala. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya. Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu. Ada benar juga kata orang tak kenal maka tak cinta ...

Selami erti CINTA, RINDU & CEMBURU

Cinta, rindu dan cemburu adalah 3 perkara yang tidak boleh kita nafikan dalam hidup kita. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang. Menakujubkan kerna Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang.

Buktinya?
Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya.

Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar. Sebagai contoh paling dekat , ayah dan ibu kita tanpa wujudnya cinta dalam hati mereka maka tidak akan wujud kita.
Tanpa cinta mereka tidak mungkin kita dapat dibesarkan dalam keadaan yg sempurna, menjadi seorang yg berguna dalam hidup kita kini..


Walaubagaimanapun..
. Kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya. Begitu juga rindu dan cemburu. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain.Lihat sahabat indahnya pentingnya cinta dalam kehidupan
. Cinta itu kasih syg ...perasaan yg mulia diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah taala..

Cinta menurut al-Qadhi al-Syeikh Muhammad Ahmad Kan’an
di dalam kitabnya Usul al-Muasyarah al-Zaujiyah ialah kecenderungan hati terhadap perkara yang dicintai. Cinta sebenarnya adalah perbuatan dan amalan hati. Bukan amalan anggota badan.


Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.


Menurut al-Qadhi Muhammad Kan’an, kunci utama kepada cinta bermula dengan pandangan mata. Oleh sebab itulah Baginda sallallahu alaihi wasallam menggalakkan kepada seseorang yang ingin bertunang agar melihat terlebih dahulu kepada tunangnya. Agar bertambah rasa cinta dan rindu.


Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Nasa’ie rahimahumallah daripada Saidina Syukbah radhiyallahu anhu katanya:


خطبت امرأة فقال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم: هل نظرتَ إليها ؟ قلتُ : لا , قال : فانظر إليها فإنه أحرى أن يؤدَمَ بينكما

Maksudnya:
"Aku telah meminang seorang wanita. Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya kepadaku: Adakah kamu telah melihatnya wahai Syukbah? Aku menjawab: Tidak Ya Rasulallah. Maka sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Lihatlah padanya, sesungguhnya dengan melihat itu akan menjadikan kamu berdua merasa lebih serasi dan berkenan."

Fahami Cinta?
Sesuatu yang perlu kita fahami ialah cinta sebenar itu ialah cinta yang ingin dibina atas dasar iman. Maksud saya bukan sekadar bercinta tetapi meletakkan bahawa wanita yang dicintainya dan lelaki yang dicintainya akan dijadikannya sebagai isteri dan suami. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhuma:


لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح

Maksudnya:
" Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan."


Jalinan kasih atas dasar cinta. Cinta untuk menuju cinta Nya. Cinta diri apa adanya. Tidak saling menuntut bahkan saling memperbaiki diri. Itulah pernikahan...


Kebahagiaan akan jauh lebih indah, ketika dua keluarga besar itu bersatu. Subhanallah, penuh rasa syukur. Syukur atas nikmat Nya, syukur atas nikmat sebagai seorang Islam. Sungguh indah, kerana dengan bernikah silturahim antara keluarga terjalin.

Besarnya hikmah pernikahan dalam Islam..Islam itu sendiri telah menyediakn sebaik baik penyelesaian..Bagaimana dengan sahabat kala cinta memanggil mampu kah kita menghadapi nya..insyaAllah pilih la sebaik baik jln sahabatku :)


Tunjukkanlah daku jalan, tenangkan jiwa hamba Mu Ya Rabb



بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.



"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)


Sekian lama blog ini sunyi tanpa artikel, kala hati ini kusut memikirkan permasalahan moga perkongsian ini dapat membantu diriku dan sahabat2 insyaAllah


Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA.


Tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan, jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan
...


Namun, sebaik2 manusia ialah orang yg cemerlang dalam menguruskan kehidupannya dgn baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi apa jua tekanan dengan hati yg tabah. Segala kesilapan yg lalu dijadikan sebagai iktibar dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita mundur mahupun kalah tapi pandanglah dari sudut perspektif yang positif sebagai pendoorong buat mencapai kejayaan, insyaAllah ...

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.


Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.


Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan iaitu:


  • membaca Al Quran disamping memahami maknanya. Al Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al Quran seseorang dpat menenagnkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyakkan bertaubat dan istighfar. Kita mesti mengenang akan dosa, renungkan kembali nikmat2 yg kita Allah berikan pd kita
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara kita mengikuti segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. Contohnya sahabat2 dan diri ana : tidak meninggalkan solat wajib, lakukan solat sunat danjuga kita hendaklah mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekahlah kerna kadangkala ianya menyebabkn jiwa kite tertekan dan sebaiknya hendaklah memberi sedekah. Dari ana tahu pabila kita bersedekah hati jadi tenang kerna jika tidak bersedekah hati nya dana akhlaknya akan disempitkan oleh Allah swt kerna berkira dengan rezeki Allah.
  • Selain itu, hendaklah kita bersangka baik kepada Allah swt. Dalam berbicara hendaklah lebih kita mengfokus butir2 yang positif serta mengharapkan keredhaan Ilahi dalam setiap ucapan kita. Hal ini demikian, setiap lafaz dituturkan adalah doa dan sangkaan kita pada Allah swt.
  • Paling utama sahabat2 dan bt diriku jua, apa pun usaha kita hendakalah bertawakal kepadaNya. Dalam erti kata lain, menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya. Kerna segala yang kita kecapi adalah kurniaan Allah swt bagi hambaNya terus berusaha meneruskan hidup didunia ini . InsyaAllah



Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb...


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)


WANITA dambaan setiap Wanita




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.





“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Seorang wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa dalam pujian Allah Swt.



Secara umumnya wanita seringkali dikaitkan sebagai perhiasan dunia yang menjadi penyejuk hati dan mata. Ianya menjadi dambaan setiap wanita walaupun dalam keadaan yang sempurna atau pun tidak.Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.



Namun, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?



Malah, seringkali kita lihat wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau terpapar didada akhbar.Mengapa harus begini bukankah wanita sentiasa menjadi pujaan setiap insan bernama lelaki sehingga kita tidak sedar bahawa bidadari syurga cemburu terhadap wanita.


Kita tertanya-tanya apakah sebabnya.... namun garis pemisahnya hanya kerana sekeping hati. Ya benar ...hanya kerana sekeping hati.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Dan ketahuilah sahabat , bidadari mencemburui kesolehan wanita-wanita yang solehah dan sehingga sanggup menjadi khadam di akhirat nanti. Tidakkah kita bersyukur menjadi wanita ?
Wanita solehah yang menjadi dambaan setiap wanita-wanita didunia ini.


Namun sahabat,
jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk digunakan oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Sahabat, hal ini diibaratkan bunga plastik dan bunga sebenar. Berbanding bunga sebenar, bunga plastik pabila disembur dengan pewangi lebih harum dari bunga sebenar namun harumnya tidak kekal lama. Manakala bunga sebenar tetap harum walaupun diletak dimana-mana. Tapi bunga plastik kaku dan kita tidak dapat merasai kelembutan disebaliknya.



Apabila wanita yang hatinya jauh dari Tuhan jangan terkejut kerana mereka masih mampu menjadi perhiasan dunia. Ya!! perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya seperti cetak rompak yg mudah didapati. Natijahnya hati kaum Adam hanyut dengan perhiasan ciplak semata-mata. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!



Manakala Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki perhiasan sebenar bukan cetak rompak ye
ini kerana pastinya hidup akan ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Jadi sahabat manakah pilihan saudari? memilih untuk menjadi `bunga sebenar'. Wanita solehah yang membawa ketenangan ataupun memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran.



Dan ketahuilah sahabat-sahbatku,Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa dan Islam itu sendiri fleksible. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Fikir-fikirkanlah sahabatku ..kita sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan yg benar InsyaAllah ..



Wanita ...






بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


http://www.alnisadesigns.com/haya/Tuerk.jpg



Islam amat mengambil berat tentang kaum wanita. Hal tersebut tidak berlaku dalam ajaran -ajaran sebelum kedatangan Islam. Kedudukan wanita begitu penting hinggakan sering kedengaran satu ungkapan bahawa "tegaknya suatu negara sangat tergantung dgn akhlaq wanita dalam negara tersebut" Mungkin ada yang menganggap ini berlebihan,namun apa yg pasti,wanita juga menjadi penentu dalam kejayaan sesuatau umat.


Di dalam ajaran Islam,lelaki dan wanita tidak dibezakan peranannya dalam beragama.Kedua memiliki kesempatan yang sama dalam berusaha berbuat yg terbaik bagi diri,Keluarga dan masyarakat.Jelasnya, AL-Quran tidak membezakan kelakuan terhadap lelaki dan wanita. Beberapa ayat menjelaskan hal tersebut:


"Barang siapa yg melakukan kebaikan, baik lelaki maupun perempuan sedangkan ia mukmin,mereka akan masuk surga.... (An-nisaa'4;124)


"Aku tidak mensia siakan amal orang yg beriman diantara kamu, baik lelaki maupun perempuan..." (Ali -imram 3;195)


"Org org yang beriman lelaki dan perempuan satu sama lain saling melindungi. mereka sama sama menyeru kebaikan dan mencegah dan mencegah kemungkaran, mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,mentaati Allah dan rasul-nya.Allah menyayangi mereka....." (At-Taubah 9:71)


Al-Quran juga memberikan kepada kita penjelasan tentang beberapa golongan perempuan,di mana boleh di katakan, bahawa apa yg pernah terjadi pada masa lalu dan di abadikan dalam Al-Quran agar menjadi iktibar bagi kaum mukminin yang wanita khususnya dan lelaki pada umumnya. Kerana, masalah yg berhubungan dgn wanita yg terjadi di muka bumi ini, hampir selalu berkait dgn kaum lelaki.


GOLONGAN PERTAMA


Golongan pertama adalah jenis wanita yg solehah yang diwakili oleh Maryam. Nama Maryam di sebut beberapa kali dalam ayat-Nya selain juga menjadi salah satu nama surah dalam Al-Quran. Ia adalah salah satu wanita solehah yg menjaga kesucian dirinya,mengisi waktunya dgn pengabdian yg tulus kepada Rabb-nya.


"Dan Maryam putri Imran,yg menjaga kesucian kehoprmatannya. kami tiupkan roh Kami dan ia membenarkan kalimah Tuhan-Nya dan termasuk org yang taat...."(At-Tahrin;66;16)


Maryam adalah tergolong wanita solehah. Kehormatanya terletak dalam kesucian,bukan dalam kecantikan. Masih byk nama wanita solehah baik yg tersebut dlm hadits-hadits Nabi mahupun dlm sejarah.


GOLONGAN KEDUA


Al quran juga menerangkan golongan perempuan pejuang untuk menjadi contoh para muslimah .Golongan yg kedua ini di contohkan dgn sempurna oleh Asiyah binti mazahim, istri fir'aun yg hidup di bawah kekuasaan suami yg zalim. Asiyah dgn teguh memberontak, melawan dan mempertahankan keyakinanya walau apa pun risiko yg di terimanya.


"Dan Allah menjadikan teladan bagi orang orang yg beriman perempuan Fir'aun,ketika ia berdo'a:Tuhanku,bangunkan bagiku rumah di Syurga. Selamatkan aku dari Fir'aun dan perbuatanya.Selamatkan aku dari kaum yang zalim...."(At-Tahrim 66:11)


Al quran memuji wanita yg membangkang kepada suami yg zalim .Pada saat yg sama Al quran juga mengecam perempuan yg menentang suami yg memperjuangkan kebenaran, seperti istri Nabi Nuh AS dan istri Nabi Luth AS.


Selain Asiyah,ada pula contoh contoh perempuan pejuang meskipun suami-suami mereka bukanlah org zalim, melainkan para pejuang kebenaran. Khadijah binti Abu bakar, Nusaibah binti Ka'ab, adalah contoh nama nama yg bersama suami memperjuangkan agama Allah.


GOLONGAN KETIGA


Golongan ketiga yg di jelaskan dlm Al Quran adalah wanita penggoda. Jelas yg satu ini di wakili oleh Zulaikha menggoda Yusuf AS. Dlm kisah Zulaikha menggoda Yusuf inilah, Al Quran menunjukan kepandaian perempuan melakukan penipuan. Kisah ini disingkapkan di dlm surah Yusuf.


Termasuk golongan yang manakah anda? fikirkanlah.......



HADITH QUDSI



بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم



HADITH QUDSI Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana,
Setiap Wanita itu Cantik..

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkH0tMPQ_NlEJ028SpoIQMKyUM14DUgs0spS1UwlbNmE-GSY9SIMF-8dEVu0gYcrh9CmZr77RepWhz7qj-1EPripryY6XWw23FcX3Sdv52d6W63lnw_awQnUzkODKhFKBz1Nrxsvruvb0/s400/menjemput_bidadari.jpg



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki
. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"


Mardhotillah ...


بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Dengan atas nama Allah yg Maha Penyayang...

Hari demi hari menanti..

Ku mencari keredhaan Mu Ya Rabb...

Menanti dengan sepenuh hati..

Buat peringatan diriku dan sahabat2..

Moga sama istiqamah..Renungkan (^_^)y


Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara: Muda sebelum tua mu, sihat sebelum sakit,kaya sebelum papa, hidup sebelum mati masa lapang sebelum sibuk .


dan tetaplah memberi peringatan krn sesungguhnya peringatan itu brmanafaat bagi org2 yg beriman


sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah utk ALLAH yg mntarbiyahkan alam


Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib dan keadaan sesuatu kaum kecuali mereka sendirilah yang mengubahnya


sesiapa yg melihat kemungkaran hndaklah ia mncegah dgn tangannya,barangsiapa yg tidak mampu cegahnya dgn lisannya,barangsiapa yg tidak mampu cegahlah dgn hati


dan orang2 yang sungguh2 berjuang untuk menegakkan perintah kami nescaya kami tunjukkan jalan kami


Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan .Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkan salam kepadanya.


p/s: "Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Salam ukhwah semua bt sahabat2 ana,
maaf dah lama ana xupdate blog harap2 sahabat dan teman in pink of health.

Actually last Friday, 23th October 2009 I was on construction site in Nilai Impian, Nilai 3. The project was under SIME DARBY PROPERTY Company. Our assignment is for subject Design And Principle Applications that need us to go to the construction site and highway because it is based on housing project and engineering.

Our member group concists of 6 members but we managed to done the site visit only with 5 members. This because Mawarni got high fever and she could not managed to ame with us. But even 5 members is enough to make the everything gone crazy ...(~_.)v

Our Kepala Kampung, of course la Capek (the only one guy sbb tu mengada2) then me, Fieza, Aca and my little cuty Intan (she's available..meow...meow).


Ramadhan Al Mubarak

بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم



"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam." ((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih



Remember that fasting is not only dependent on abstentions: Many believe that fasting consist only of certain abstentions, forgetting that Allah (SWT) established certain acts of worship with fasting. Among which are:


Qiyamul Lail: Holy Prophet Muhammad (saww) said: "Whoever performed the night prayer during Ramadan out of belief and anticipating God's rewards, will be forgiven his previous sins." (Related by Muslim) Performing Umrah: The Holy Prophet Muhammad (saww) said: "An Umrah during Ramadan is like a Hajj with me." (Related by al-Hakim)


Offering Iftar (meal) to those who fasted. Holy Prophet Muhammad (saww) said: "Whoever feeds a fasting person has the same reward as him, except that the reward of the fasting person will not be diminished." (Related by Ahmad)


Reading and completing the Holy Quran: Holy Prophet Muhammad (saww) said, "Fasting and [reading] Holy Quran will intercede for the person: fasting will say: O Lord I forbade him eating and drinking so let me intercede for him, and the Holy Quran will say: I deprived him from his night sleep so let me intercede for him," he then said: "So they will intercede." (Related by Ahmad) Holy Prophet Muhammad (saww) used to recite the whole Holy Quran to Angel Jibreel (Gabriel) each Ramadan.


Giving in charity: Ibn Abbas radhiallahu anhu said: "Holy Prophet Muhammad (saww) was the most generous among people, and he was more generous during the month of Ramadan." (Related by Muslim)


Itikaf: which is to confine oneself in the masjid for prayer and invocation leaving the worldly activities. Ibn Abbas radhiallahu anhu said: "Holy Prophet Muhammad (saww) used to perform Itikaf during the last ten days of Ramadan." (Related by Muslim) It is surprising that many people have abandoned Itikaf though Holy Prophet Muhammad (saww) never abandoned it from the time he arrived to Madinah until he died.


Supplication: In the verses dealing with fasting, Allah (SWT) said: "And when My slaves ask you (O Muhammad) concerning Me, then answer them, I am indeed near to them. I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me." (Holy Quran 2: 186). This is an encouragement for the fasting person to increase his invocation. Holy Prophet Muhammad (saww) said: "Three invocations will be answered: The invocation of the fasting person, the invocation of the oppressed, and the invocation of the traveler." (Related by Muslim)


Repentance: Ramadan is the time of repentance and return to Allah (SWT), for it is a time when the devils are chained, and when many people are saved from hell fire every night by the grace of Allah (SWT).


Abstaining from vain talk: Sins decrease the reward of fasting although they do not annul it. Holy Prophet Muhammad (saww) said: "Fasting is not [only] abstaining from eating and drinking, but abstaining from vain and obscene talk, so if someone insulted you or wronged you say: I am fasting." (Related by al-Hakim) and he also said: 'Whoever does not abandon lying, and then Allah does not need him to abandon his food and drink." (Related by al-Bukhari)





1001 Rahsia dalam 7 Hari


بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم
Tahukah wahai sahabat2 ku apa keistimewaan dijadikan 7 hari. sepanjang 7 hari tersebut tersembunyi rahsia yang unik buat kita renungkan.InsyaAllah moga kita sama2 mendapat petunjuk dariNya..
Antara keistimewaan tersebut ialah:


· Ahad : Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

· Isnin : Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

· Selasa : Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

· Rabu ; Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

· Khamis ; Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

· Jumaat : Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

· Sabtu : Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.