.::. Sir Wa Hazar .::.





بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



pin...pin...neno...neno..


Salam Mahabbah Wa Rahmah

Sahabat dikasihi dan dirahmat Allah.. Semoga setiap gerak laku kita menjadi perhatian pencipta yang Sentiasa Memperhatikan dan Mencatat amalan perbuatan kita.



Hurm..."SIR WA HAZAR"??? tahukah antum?

Bagi antum/na yang masih lagi belum mengerti akan perkataan yang menarik ini, mari kita sama2 mengkaji maksud nya serta bagaimana penting "SIR wa HAZAR" sebagai antara element utama didalam BERUSRAH insyaAllah. SIR bermaksud RAHSIA manakala HAZARbermaksud BERJAGA @ BERWASPADA.


Walaupun nampak hanya seperti perkara yg simple namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era kini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berusrah ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan sendiri.


.::::.SIR wa HAZAR.:::.

Sahabat-sahabatku sayang, Sir ialah kerahsiaan. Hazar pula ialah kewaspadaan. Menurut sahabat saya kerahsiaan wujud kerana takut. Kerahsiaan dan berjaga @ berwaspada adalah penting dalam apa jua perkara sehinggakan ianya juga dititik beratkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu strategi dalam berdakwah mahupun berperang.


Sir sebenarnya perlu untuk menjaga keselamatan gerakan dan sebagainya. Saya juga bimbang rahsia akan terbongkar dan akan menimbulkan satu ketakutan.


Sebagai contoh: Apabila saya mendengar ceramah-ceramah kadang- kadang dilarang mendedahkan fakta ceramah kepada orang lain. Jika saya mendengar ceramah tentang aqidah dan perjuangan sebagai contoh, atau jihad jalan kami, maka fakta ceramah tersebut adalah satu perkara yang rahsia dan harus dirahsiakan. Malah masih ada ceramah yang mana pendengar dilarang mencatitnya untuk menjaga keselamatan dancukuplah dengan hanya mengingati. Sehinggakan tempat juga dirahsia daripada pandangan umum. Jadi antum jelas bukan tentang sir wa hazar yang melampau.



Kenapa sampai begitu? Saya melihat, sir adalah strategi manakala hazar adalah satu perkara yang lebih penting.

Kesan daripada sir yang biasa diamalkan dalam kebanyakan gerakan ialah:

  • Dakwah tidak tersampai dengan lebih meluas lantaran maklumat ceramah dan program ditutup serapat-rapatnya.
  • Lahirnya ahli yang penakut dan tidak berani, bukannya melahirkan ahli yang bijak dan berani berdepan
  • Kefahaman tentang gerakan Islam tidak meluas sebaliknya bersifat eksklusif kepada ahli yang terpilih sahaja.

Apa yang perlu dirahsiakan sebenarnya? Maklumat atau hanya tanzim? Mengapa kita perlu takut sedangkan Hammas yang berdepan dengan kematian lebih berani menzahirkan gerakan mereka. Kerahsiaan yang terlalu rapat berlaku lantaran ketakutan yang menyelimuti. Kesannya hasil dakwah mahupun hak-hak orang lain yang sepatutnya sampai kepada mereka yang berhak. Hal ini demikian bagi mengelakkan daie mahupun pendakwah yang takut untuk meyampaikan sesuatu kerna taksub dengan konsep kerahsiaan.

Manakala bejaga-jaga @ kewaspadaan diamalkan oleh Nabi SAW namun dalam masa yang sama, banyak kali juga nampaknya nabi ‘menolak’ kewaspadaan. Baginda mencabar Romawi yang terlatih. Baginda menghantarkan surat kepada banyak kerajaan yang besar termasuk Hercules. Hasilnya, nabi dipukul berkali-kali.

Jadi saya pohon agar antum/na dapat memahami konsep kewaspadaan bagaimana sebenarnya yang diamalkan oleh rasul kita yang terjunjung.

KETUK MINDA AHLI SYURA DAN TANYALAH KITA NAK JADI AHLI GERAKAN YANG MACAM MANA....WALLAHUA'ALAM...saya brlindung kepada ALLAH Yg Maha Mencipta, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala isi hati..


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

KETOKOHAN SYIFA’ MENINGKATKAN MARTABAT WANITA




بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

ISLAM datang membawa sinar baru buat wanita dan menghapuskan amalan jahiliah yang diamalkan sebelum itu. Sebelum Islam, masyarakat Arab memandang hina dan rendah terhadap peranan wanita.

Dalam Islam, kedudukan seseorang sama ada lelaki mahupun wanita tidak dipandang kepada status jantina atau keturunannya. Sebaliknya Allah menilainya dari perspektif takwa dan kekuatan iman. Inilah yang dididik oleh Nabi SAW ke atas umatnya.

Kekukuhan takwa dan iman akan melonjakkan kekuatan dalaman seseorang mukmin yang akan membawanya ke arah kehidupan dunia yang sejahtera. Segala tumpuan dan perhatiannya ditujukan kepada usaha meningkatkan seruan jihad di jalan Allah dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar dengan penuh komitmen.

Hasil pentarbiahan Rasulullah SAW, umat Islam terdahulu termasuklah wanita bersemangat untuk membuat kebajikan. Masing-masing tidak mahu ketinggalan dalam aspek ini dan sentiasa berlumba-lumba melakukannya dengan ikhlas mengharapkan pahala di sisi Allah.

Kemantapan ukhuwah sangat erat berpadu dengan kehidupan bersosial yang saling membantu tanpa mengira kedudukan dan taraf. Kaum wanita pada zaman itu juga memberikan khidmat masyarakat dan khidmat untuk negara khususnya dalam hal ehwal kejururawatan.

Mereka ternyata amat menghayati pesanan Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 7)

Kita sebagai makhluk sosial yang memiliki kewajipan bersama seharusnya sentiasa mengambil tahu akan keadaan nasib mukmin lain. Keadaan saling mengambil berat sesama umat akan memantapkan kekayaan persaudaraan dalam kalangan ummah.

Berikut diriwayatkan satu kisah membabitkan seorang tokoh wanita hebat sekali gus boleh diangkat sebagai ‘Muhajir Ideal’. Keupayaan wanita melakukan kerja amal bakti dalam Islam wajar kita teliti buat diteladani.



Tokoh dimaksudkan ialah Syifa’ binti Abdullah bin Syams bin Khalafal-Qurasyiyah. Beliau memeluk Islam sebelum peristiwa hijrah lagi dan bersama kaum Muhajirin lain berhijrah ke Madinah dalam kelompok pertama.

Rasulullah SAW sangat menghormati wanita ini sehingga Baginda sering mengunjungi rumahnya. Diceritakan, suatu hari, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Syifa’, ajarkanlah kepada Hafshah menjampi (mengubati dengan doa) penyakit bisul seperti mana engkau mengajarnya menulis.”

Sikap prihatin Rasulullah SAW kepada Syifa’ sehingga dikatakan Baginda telah menyediakan sebuah rumah khusus untuk dia tinggal bersama anaknya.

Syifa’ seorang wanita yang mempunyai kewibawaan unggul, berfikiran cerdas dan berintegriti. Umar al-Khattab juga sangat menghormatinya dan sentiasa mengutamakan buah fikirannya dalam pelbagai bidang.


Umar dikatakan pernah menyerahkan tanggungjawab mengelolakan urusan pasar kepada Syifa’. Selain itu, Syifa’ juga seorang perawi hadis malah dia meriwayatkan hadis terus daripada Rasulullah SAW sendiri.

Selain itu, ada juga hadis diambilnya daripada Umar al-Khattab. Seseorang yang rajin menekuni sejarah hadis, pasti akan berjumpa dengan banyak hadis diriwayatkannya. Imam Abu Daud adalah orang yang banyak mengambil hadis direkodkan oleh Syifa’ yang mahir dalam penulisan sejak zaman jahiliah lagi.

Kemudian, selepas memeluk Islam beliau menjadi seorang guru mengajar membaca dan menulis kepada kaum Muslimin. Antara pernah mendapat didikannya menulis itu ialah Ummul al-Mukminin Hafshah.

Beliau pernah bertanya Rasulullah mengenai amalan yang paling utama, lalu Baginda mengatakan: “Beriman kepada Allah dengan sepenuh hati, berjihad di jalan Allah, dan haji yang mabrur.” Inilah salah satu hadis diriwayatkan dan direkodkan dalam Kitab Al-Ishabah dan Kitab Al-Musnad.

Begitulah hebat dan unggul seorang tokoh wanita Muslim yang pernah diangkat martabatnya oleh Rasulullah SAW dan dilimpahi kurniaan sebagai seorang yang mahir dalam bidang perawatan juga akademik iaitu penulisan.

Dia guru pertama yang mengajar umat Islam menulis dan ini membuktikan kaum wanita mempunyai peranan besar terhadap bangsa, negara dan agama seperti dibuktikan oleh Syifa’.

Inilah satu contoh bagaimana umat Islam pada zaman Rasulullah termasuk golongan wanita bersama memainkan peranan dan bertanggungjawab melakukan kerja amal bakti dalam menegak syiar agama serta mengukuhkan kesepaduan ukhuwah.

Kisah itu juga membongkar satu usaha komitmen jitu golongan wanita yang ingin membantu Nabi SAW serta berusaha mewujudkan kehidupan sosial yang dinamik khasnya dalam bidang pendidikan dan perubatan.


Hurul Mardhiyah Muhammad al Muhammadiyah


Pinanglah daku kerana dakwah...



بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Hurm...malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.

Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era kini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan sendiri.



Baitul Muslim ini urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.

Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri. Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.

Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. ada juga yang dah bersedia awal. ada yang belum lagi dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Adajuga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak2 antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak2 antum.

Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?

Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.



Melamar secara direct.

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.

Akhwat sangat rasa offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita. kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.



Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.

Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?

Allah akan beri kamu yang terbaik.Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.

di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

...... pinanglah akhawat kerana dakwah.


Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak.

Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini. termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel.Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah.

Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula. jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu. ( ini jika pinangan itu direct padamu). walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.

Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. kerana Allah dan rasulNya dahulu.

tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.

Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.




Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional

itu sahaja sempat saya nukilkan tp ana bukan insana yang perfect dalam bab ni. jika ada salah dan silap harap antum dapat menegur ana.





Hurul Mardhiyah Muhammad al Muhammadiyah