Mengapa kita membina diri kita?


بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Siapa lagi yang akan membina diri kita kalau bukan kita sendiri?

Usaha tarbiyyah(pembinaan) diri yang diberikan seorang Muslim/Muslimah kepada dirinya adalah untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna di seluruh sisinya.


Pemahaman konsep tarbiyyah (pembinaan diri)

Pemahaman lain yang tidak tepat di mana proses pembinaan diri hanyalah untuk kanak-kanak atau para remaja, sedangkan pembinaan itu berterusan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Malangnya, tidak ramai yang dapat membantu kita membina diri. Pembinaan diri juga mampu membina benteng pertahanan untuk melawan ragam fitnah dan pujuk rayu untuk gugur, malas, merasa takut dengan masa depan dan berputus asa dengan realiti sekarang.

Namun ramai yang tidak ambil endah pada pembinaan diri ini. Di antaranya adalah kerana ketidaktahuan pada dalil-dalil Al-Quran dan as-sunnah yang mengajak kepada Tarbiyyah Dzatiyah(kepentingan) , kelebihan dan pahala amalan-amalan salih, hasil-hasil positive pada diri sendiri di dunia dan di akhirat, dan betapa syaitan tidak pernah berhenti berusaha menjauhkan kita dari melakukan ketaatan dan kebaikan. Ramai juga yang terikat dengan dunia sehingga dunia dijadikan tujuan hidupnya, contohnya pangkat dan pernikahan, sehingga lupa pada pembinaan dirinya, pembersihan, pembaikan dan pengarahan dirinya. Hasilnya, sebahagian besar kehidupannya sia-sia belaka dan lupa dasr tujuannya keberadaannya di dunia untuk beribadah kepada Allah, taat kepadaNya, bersungguh-sungguh di jalanNya dan berdakwah(mengajak) kepadaNya.

Oleh itu wajiblah kita sendiri yang mengambil inisiatif untuk membina dan mengarah diri kita sendiri. Di antara masalah yang ada pada diri kita apabila hendak membina diri ialah tarikan antara kehendak hati kita. Ketika kita hendak berubah akan terdapat bisikan-bisikan yang akan melambatkan proses tersebut, menangguhkan keinginan untuk berubah, menunggu-nunggu hari yang paling ideal untuk dia berubah. Padahal, hari berganti hari, namun ia tidak melakukan perubahan dan kebaikan.

Maka hidup dalam linkungan positive akan membantu seseorang untuk istiqamah, peduli dengan tarbiyyah(pembinaan) dan tazkiyah(penyucian) dirinya. Hal ini demikian mampu membantu usaha tarbiyyah(pembinaan) diri bagi seseorang Muslim/Muslimah untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna.