Peranan Pelajar



سمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Oleh – Al-Maududi

Pendahuluan

Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.

Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.

Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab. Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat.

Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam?

Keadaan dan masalah yang sama

Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat.

Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam menghadapi problem yang sama.

Umat Islam dan bukannya negeri Islam

Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan sempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan.

Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan, amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.

Hakikat kemusnahan umat

Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.

Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.

Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnaka itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.

Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lahuselepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu berketurunan Israel.

Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.

Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada
generasi akan datang

Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.

Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia.
Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.

Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.

Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.

Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah.
Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secaia terus menerus.

Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

Dua cara untuk memindahkan perbendaharaan tamadun.

Tujuan ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan:

  • Jalan pertama: Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.

  • Jalan kedua: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini. Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung dengan kedua-kedua cara tersebut.

Jalan yang khusus bagi pelajar

Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.

Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

Prinsip-prinsip utama islam

Hakikat Islam dan prinsipnya ialah akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Maka wajiblah bagi setiap orang Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi di dunia ini di bawah lindungan tamadun Islam.

Apa saja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi akidah-akidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan memupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal di dunia ini jika tidak diteraskan atau disokong oleh tiga prinsip tersebut.

Pentingnya jemusatan kuasa ke arah mengawasi prinsip‑prinsip itu

Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka.

Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan saja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dashyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke akar umbinya.

Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasil hasilnya yang tidak diingini.

Pentingnya berpegang dengap akhlak Islam dan tamadunnya

Perkara kedua yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup mati kita bukan saja bergantung kepada akidah Islam, bahkan bergantung juga kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara akidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya yang satu lagi. Sesungguhnya akidah Islamlah yang memestikan kita berpegang dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.

Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam.

Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita, bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam, Allah dan rasulnya.

Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk mempertahankan tanahairnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila, menari dan mabuk arak serta melakukan segala perkara kejahatan dan keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas pelajaran Islam.

Sesungguhnya disisi orang barat, apabila mereka melakukan perkara perkara tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilai nilai tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu, ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilai nilai kita.

Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan jiwa manusia adalah sama, tidak kira samada ia Islam atau kafir. Oleh kerana arak tidak haram di sisi ugama kafir, maka apabila orang kafir meminumnya, ia
hanya merosakkan tubuh dan jiwanya saja. Adapun akidah dan ugamanya tidak terlibat.

Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak terhadap Allah dan Rasulnya serta oleh perasaan tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Sesudah itu ia tidak akan memadai melakukan satu dosa, bahkan akan melampaui kepada dosa-dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya.

Sejauh mana bahaya tamaddun bukan Islam dalam masyarakat Islam

Dari itu saudara-saudara patut menyedari bahawa apabila tamadun bukan Islam itu meresapi di kalangan umat Islam maka bahaya dan kecelakaannya akan lebih hebat lagi sekiranya ia meresap dikalangan umat bukan Islam, kerana kesan buruk yang lahir pada umat-umat bukan Islam adalah sama seperti kesan yang menimpa bagi orang-orang lain juga, seperti kesan buruk dari orang yang minum arak atau melakukan sesuatu perbuatan yang buruk.

Adapun kita orang-orang Islam, apabila kita melaku dan menuruti tamadun sundal itu maka ia melibatkan akidah dan prinsip-prinsip iman, menggoyang asas-asasnya, juga melemahkan dasar-dasarnya di hati kita, serta menimbulkan bibit memberontak terhadap Allah dan Rasulnya dan mungkin menyebabkan keluar dari Ugamanya.

Apabila sebab-sebab buruk ini timbul maka kita tidak boleh lagi tetap mentaati sesuatu peraturan di dunia ini, kerana orang yang patut kita taati dan menyerahkan diri kita kepadanya telah pun kita tentangi dia dan kita abaikannya. Dengan sebab inilah juga apabila seorang Islam itu mula mengingkari hukum-hukum Islam ia tidak akan memadai dengan sekali dua, bahkan ia akan terus tergelincir dan mengingkarinya secara berterusan hingga tidak ada lagi perasaan tanggungjawab tersemat di hatinya dan tidak lagi menghormati apa jenis undang-undang. Ketika itu keruntuhan akhlaknya tidak terbatas lagi.

Saudara-saudara juga harus meneliti bahawa apabila seorang Islam yang percaya kepada Allah, kepada Rasul dan kepada al-Quran, kemudian ia melakukan perbualan yang ia tahu bahawa Allah menegah ia melakukan demikian dan Rasul pula mencacinya serta al-Quran telah mengharamkannya juga telah menjanjikan azab kepadanya pada hari kiamat, maka apa lagi sesudah ini yang boleh dikatakan bahawa ia menghormati nilai-nilai akhlak serta menyanjungnya? Tidak ada lagi yang boleh memaksanya supaya ia patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh lembaga perundangan yang ia tidak bertuhan kepadanya? Dan manalah ia akan mengorbankan diri dan kepentingan dirinya demi maslahat bangsa dan tanahair yang ia fikir tidak mesti disembahnya? Dan oleh kerana ia telah biasa menceroboh kehormatan syariat Tuhan yang mulia dan perbuatan melanggar undang-undang itu telah menjadi tagehannya serta memberontak terhadap undang-undang yang suci di sisi akidahnya, maka perbuatan menentang undang-undang itu sudah menjadi kebiasaannya.

Oleh itu tidaklah dapat diharapkan darinya lagi untuk mentaati sesuatu undang-undang pun dalam segala aspek hidup. Orang seperti ini tidak layak menjadi anggota dalam masyarakat yang bertamadun, apa lagi menjadi anggota dalam masyarakat Islam.

Dosa mereka yang menyebar kebudayaan sundal di kalangan pemuda Islam

Apabila manusia faham hakikat yang nyata ini serta tahu benar-benar sifat-sifatnya, maka mestilah ia menyedari betapa dahsyatnya kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menjadikan pemuda-pemuda kita di pusat pusat pengajian tinggi itu sebagai orang-orang yang mewah lalu ditanamkan perasaan suka menari, bergembira, melucah dan mempermain-mainkan nilai nilai ugama, di samping ditaburkannya pula kebudayaan sundal, disogokkan pula wanita-wanita jelita hingga mereka mati dalam pelukan wanita-wanita itu dan disebarkan pula penyakit menodai nilai-nilai akhlak Islam. Alangkah dahsyatnya pengkhianatan mereka!

Oleh yang demikian wajiblah bagi pelajar kita menyedari akibat-akibat perbuatan ini. Sekiranya pihak-pihak yang berkuasa terjerumus ke lembah kesalahan ini kerana kejahilan dan kebodohan mereka, maka pelajar-pelajar wajiblah menjauhinya seberapa yang dapat. Dia samping itu mereka juga hendaklah membentuk satu pendapat dan kesedaran yang menyeluruh untuk menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa kebudayaan sundal itu dan untuk menghapuskannya.

Di sini kita harus bertanya sesama kita: Jika timbul di kalangan pelajar pelajar sendiri perasaan ingin menentang kebudayaan tersebut, maka dimanakah lagi kekuatan yang dapat meluluskan tamadun tidak bertuhan dan kebudayaan kuning itu masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi dengan cara paksa?
Memang sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekiranya saudara saudara sendiri sudah tidak suka menari misalnya, maka sudah tentulah tidak ada kuasa lagi yang dapat memaksa saudara-saudara untuk menari.

Memanglah ada di sana galakan dan godaan syaitan yang menggalakkan manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar dan merosakkan adat adat, nilai,perasaan dan kecenderungan mereka. Tapi apabila pelajar-pelajar sendiri menyedari bahawa kebudayaan sundal ini merupakan penyakit kronik yang akan meresap ke dalam diri mereka, maka sudah tentulah mereka boleh menjauhinya dan menentang gerakan cuba memasukkannya ke pusat pusat pengajian tinggi. Saya ingin agar ada suatu usaha ditumpukan ke arah memupuk kesedaran di kalangan pelajar untuk menentang perkara-perkara mungkar tersebut.

Inilah dua dari beberapa perkara yang bersangkut paut dengan pelajar pelajar sendiri. Jika mereka amalkan kedua-duanya maka dapatlah mereka menghapuskan segala perkara mungkar yang bertaburan di pusat-pusat pengajian tinggi kita dan yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan fikiran dan akhlak.
Sementara itu biarlah saya kaji sekarang dengan ringkas kewajipan kewajipan dan tanggungjawab kerajaan dalam bidang ini.

Bahaya tersebarnya khianat dalam masyarakat

Sesungguhnya perkara pertama sekali yang harus difikirkan oleh kerajaan dengan cara mendalam ialah: Apakah sebab meluasnya perbuatan rasuah dan khianat, dan apakah dorongan-dorongan yang berada di belakangnya yang menyebabkan segala usaha untuk menghapuskannya sia-sia belaka?

Gejala ini sedang menyelubungi umat Islam pada masa ini dan menjadikan segala peraturan perundangan tidak berfaedah belaka, kerana undang-undang yang diciptakan untuk memperbaiki kerosakan itu hampir hampir dipersia-siakan oleh badan-badan pelaksanaan sendiri. Bahkan setiap kewajipan yang lahir dari pihak pencipta undang-undang itu sendiri yang membuka pintu baru bagi rasuah.

Perkara ini tidaklah terhenti setakat ini saja, bahkan dengan restu rasuah inilah penyeludup-penyeludup akan membawa keluar negeri barang-barang berharga dan menjualkannya kepada seteru-seteru. Bahkan mercka juga menyeludupkan keluar barang-barang yang sangat diperlukan dalam negeri.
Sebenarnya rasuah ini menguntungkan seteru-seteru kita.
Saudara-saudara patut melangkah setapak lagi ke hadapan, kemudian hendaklah saudara-saudara berfikir: Orang-orang yang mengamalkan penipuan terhadap saudara sebangsanya untuk mendapatkan seratus rupiah umpamanya, ia tidak akan merasa berat untuk menjual rahsia negara kepada seteru-seteru apabila diupah dengan berpuluh-puluh ribu rupiah.

Apabila penyakit khianat dan menjual maruah dilakukan oleh beribu-ribu orang dalam sesuatu negeri maka erti mereka bersedia pula mengorbankan ugama, akidah, amanah dan tanahair mereka demi kepentingan diri mereka sendiri. Pada ketika itu anak-anak negeri yang biasa melakukan kerosakan secara profesional akan menggunakan mereka itu tadi untuk mencapai tujuan tujuan mereka. Begitu juga seteru-seteru akan menjadikan mereka alat yang boleh menurut telunjuk untuk memusnahkan kewujudan umat Islam.

Punca-punca tersebarnya khianat

Saudara-saudara, fikirkanlah sejenak, apakah perkara yang menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat ini? Adalah satu perkara yang nyata bahawa mereka yang melakukan gejala tidak sihat, seperti khianat, rasuah, menipu dan sebagainya itu ialah sekumpulan mereka yang terpelajar dari kalangan kita di negeri kita sendiri. Mereka itu orang-orang yang berkuasa dalam kerajaan. Mereka bukanlah orang-orang kampung yang buta huruf.

Mereka itu juga adalah keluaran dari pusat-pusat pengajian tinggi kita yang ada sekarang. Ini menunjukkan adanya kepincangan dalam sistem pelajaran kita, kerana ia menghasilkan sebilangan besar orang yang terkena penyakit khianat dan rasuah.

Apabila kita amati sistem pelajaran ini dapatlah kita mengetahui bahawa kelemahan asasinya adalah disebabkan oleh asas-asas akidah, tamadun dan akhlak kita yang sepatutnya berdiri tegak secara berkekalan, tetapi sebaliknya ia lemah. Di sekelilingnya terdapat nilai-nilai yang mengelirukan dan galakan galakan supaya orang ramai mengingkari akidah-akidah ini. Hanya sebilangan yang sedikit saja yang melalui sistem ini dikatakan terselamat tanpa bergoyang keimanan di hati mereka.
Apa yang memaksa kita berfikir sesudah apa yang saya katakan itu ialah apabila akidah sebilangan besar kaum terpelajar menjadi lemah maka apakah lagi yang ada pada kita untuk menjadikan mereka itu pendokong prinsip-prinsip dan nilai akhlak?

Orang-orang yang tidak takut kepada Allah dan tidak gerun kepada azab hari kiamat, tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalangnya daripada menjadi pengkhianat, pembohong dan mempermudahkan tanggungjawab.

Orang yang tidak percaya kepada kekuasaan yang lebih tinggi selain dari diri dan kepentingan sendiri, bagaimanakah saudara-saudara dapat meyakinkan hatinya supaya ia dapat mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi sesuatu kemuliaan? , kerana untuk sanggup berkorban dengan jiwa dan harta itu adalah sebahagian dari tunduk kepada kuasa yang tertinggi.

Bagi orang-orang Islam tidak ada tempat yang mesti dipatuhi melainkan kepada Allah, Rasulnya dan ugamanya. Apabila kita lemahkan perasaan patuh ini di hati manusia maka akan tumbuhlah perasaan mementingkan diri dan tidak akan ada lagi perasaan mahu mengorbankan sesuatu yang berharga dan mulia selain daripada untuk mencapai tujuan-tujuan peribadi mereka.

Kekuatan prinsip Islam dalam memperbaiki umat

Dengan hanya menyematkan sifat patuh tadi ke dalam hati mereka maka bolehlah saudara-saudara menjadikan mereka golongan orang yang melaksanakan keadilan, kebenaran dan menjadikan mereka menjauhi segala kerja yang haram di dunia dengan dorongan takwa kepada Allah dan dengan perasaan bertanggungjawab di hadapan Allah pada hari kiamat kelak, juga menjadikan mereka golongan yang senang hati dalam memberikan segala pengorbanan yang mulia dengan dorongan patuh kepada Allah, Rasul dan ugamanya.

Sesungguhnya orang-orang bukan Islam itu mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan tempat patuh yang berlainan yang dijadikan asas akhlak mereka. Jadi, misalnya jika saudara-saudara mahu menanamkan perasaan kasih kepada punca-punca patuh kepada yang lain daripada Allah, Rasul dan ugamanya di kalangan umat Islam, maka saudara-saudara memerlukan masa selama lima puluh tahun untuk menjayakan proses ini, iaitu untuk menukarkan umat Islam itu kepada yang bukan Islam. Dan saudara-saudara juga perlu kepada lima puluh tahun yang lain lagi jika saudara-saudara mahu menjadikan mereka satu bangsa barat yang sempurna. Sebelum tempoh ini, saudara-saudara tidak berupaya menanamkan di kalangan mereka akhlak kebangsaan yang saudara saudara dapati dan gemari pada bangsa-bangsa barat.

Tetapi jika saudara-saudara mahu menegakkan pembentukan umat Islam ini di atas nilai-nilai akhlak Islam, maka saudara-saudara boleh memulakan untuk itu dari sekarang juga dan saudara-saudara akan berjaya dalam tempoh beberapa tahun saja, kerana akidah-akidah Islam yang tersimpul pada tauhid kerasulan dan percaya kepada hari akhirat itu telah pun diwarisi dari ibubapa mereka dan akidah-akidah pula telah menjadi darah daging dalam suasana sekeliling masyarakat Islam dan tradisi kebangsaan orang-orang Islam.

Benih-benih akidah yang telah berakar umbi di bumi Islam sejak beberapa lama ini jika saudara-saudara siram dengan sedikit air pun nescaya akan tumbuh subur dan berbuah.
Sesungguhnya penjajah, sekali-kali tidak pernah mengambil berat tentang tamadun dan akhlak umat islam, bahkan mereka menganggap bahawa keadaan umat Islam yang ikhlas kepada Islam serta bersifat dengan akhlak Islam itu akan melahirkan bahaya kepada mereka. Oleh sebab itulah mereka telah
mempraktikkan di negeri-negeri Islam yang dijajahinya sistem pelajaran dan pendidikan yang mempunyai keistimewaan menggoncangkan tapak iman di hati-hati kita.

Sistem itu juga mempunyai keistimewaan bagi menimbulkan kekaburan di sekitar akidah Islam, memperkecilkan tamadun dan menghina-hinakannya di hadapan mata kita. Perasaan tamak politik penjajahlah yang memaksa mereka memesongkan kita dari ugama Islam dengan sesungguh hati. Tetapi jika kita amalkan sistem pelajaran dan pendidikan penjajah sesudah kita bebas dari belenggu pengabdiannya dan sesudah kita sanggup berdikari, maka itu bererti kita bersungguh-sungguh mahu membunuh diri.

Guru-guru yang dicurigai merbahaya kepada Islam

Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan pelajar. Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada pelajar-pelajar bahawa ugama Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undang undang Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan sekarang.

Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.

Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa guru-guru yang mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada pemuda-pemuda kita dan menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negeri negeri Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negeri.

Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan hal ini, terdapat beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengah setengah negeri Islam dikendalikan oleh mahaguru-mahaguru bangsa Amerika dan pakar-pakar pengajian timur. Paling malang lagi mereka ini mengendali jabatan-jabatan pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini membunuh diri namanya?

Keaiban sistem-sistem pelajaran

Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negeri negeri Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.

Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan sendirinya menimbulkan di kalangan pelajar-pelajar perasaan tidak percaya kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan mengatur perjalanannya.

Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa manusia itulah tuan dan pengarah kepada
dirinya. la tidak lagi memerlukan Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun Islam dari akar umbinya.

Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta mengambil faedah dari maklumat-maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia dalam peringkat-peringkat sejarah.

Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan kebahagian.

Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini. Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam. Mereka bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.

Dengan nama Allah, katakanlah kepada saya wahai saudara-saudara sekalian: Jika ilmu pengetahuan praktikal itu tidak ada kaitannya dengan ugama Islam, maka adakah ianya pula mempunyai kaitan dengan Marxsism?.

Mana-mana anggota masyarakat komunis tidak mahu mempelajari ilmu pengetahuan, falsafah, sejarah dan ekonomi yang bercorak borjois, tetapi orang orang itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan tersebut yang sudah dicelup dengan fahaman Marx dengan tujuan akan lahirlah dengan banyaknya ulama ulama dan pakar-pakar sosialis.

Masyarakal sosialis tidak akan kekal tegak atas dasar-dasarnya sekiranya pelajaran yang dicipta mengikut acuan borjois dibenarkan diajar dalam pengetahuan masyarakat mereka. Bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap orang yang mempunyai tamadun dan cara hidup yang tertentu tidak rela anak-anak mereka dididik dengan ilmu pengetahuan dan kesenian yang dicipta oleh orang-orang yang menentang tamadun dan cara hidupnya yang tersendiri. Kerana ini ertinya, akan menghapuskan identitinya serta meresapkannya ke dalam bentuk yang lain.

Ilmu pengetahuan praktikal mempunyai dua aspek

Untuk mengatakan bahawa ilmu pengetahuan praktikal itu bersifat antara bangsa tidak memihak kepada mana-mana ugama, maka ini adalah satu kesalahan yang besar dan kejahilan yang tiada berkesudahan. Sesungguhnya ilmu pengetahuan tersebut mempunyai dua aspek: Aspek pertama, merupakan hakikat-hakikat dan undang tabie yang diketahui oleh manusia setelah ia melalui beberapa percubaan, ujian dan renungan. Aspek ini tidak syak lagi berbentuk antarabangsa.

Ada pun aspek yang kedua adalah merupakan bentuk pemikiran yang mencipta atau merakamkan hakikat-hakikat dan maklumat tersebut, kemudian diletakkan diatas asas teori tertentu. Terjumlah juga ke dalam aspek kedua ini ialah bahasa yang dipilih oleh pemikiran tadi untuk dijadikan alat takbir bagi teori-teori tadi. Aspek ini tidaklah sesuatu yang bersifat antarabangsa. Bahkan setiap penyeru kepada berbagai-bagai tamadun di dunia ini mempunyai cara cara yang tersendiri, ini adalah perkara biasa. Dan apabila kita menyeru untuk melakukan perubahan dalam ilmu pengetahuan praktikal maka yang kita maksudkan ialah aspek kedua tadi dan bukanlah aspek yang pertama.

Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia mengecut kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia menjadi salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan air. Ini adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan eksperimen.
Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;

  • Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi sifat dan hakikat air itu.
  • Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan ketuhanannya yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak-lopak dan di sungai-sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat sedemikian tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah dan akhirnya lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu yang tiada didiami oleh makhluk yang hidup.
Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua orang dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang berlainan juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang berbeza dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat yang berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar-pelajar.

Pentafsiran yang satu lagi membayangkan hakikat yang berlaku, tetapi dengan tafsiran ini orang perseorangan tidak dapat membayangkan konsep ketuhanan. Lebih jauh dari itu tafsiran ini juga membayangkan satu pendapat yang berbunyi: Sesungguhnya segala yang berlaku diatas dunia ini adalah berlaku dengan sendirinya tanpa campurtangan dari hikmat pencipta yang maha bijak dan ketuhanan Tuhan yang maha berkuasa.

Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama ulama kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam.

Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian-bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat-hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikat hakikat ilmu pengetahuan.

Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek ngejekkan tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.

Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan mengakui adanya Tuhan.

Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra-sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.

Kewajipan kerajaan dalam pendidikan moral

Perkara kedua yang wajib saya beri ingatan kepada kerajaan ialah pentingnya mengambil berat tentang pendidikan moral atau akhlak. Sesungguhnya pendidikan ini sekalipun ianya diperlukan oleh badan pengajian tapi badan-badan yang menyediakan pegawai-pegawai kerajaanlah yang paling berhajat kepadanya, samada badan-badan itu khusus melatih tentera, anggota polis atau pegawai awam.

Adalah wajib diajarkan di institusi ini akhlak-akhlak dan kebudayaan Islam sebagai mata pelajaran wajib. Fikiran pelajar-pelajarnya hendaklah penuh dengan akidah-akidah Islam. Mereka hendaklah dididik dengan cara mematuhi hukum-hukum Islam. Segala unsur yang berbentuk fasik yang boleh mempermain-mainkan ugama di institusi ini hendaklah ditutup rapat-rapat. Inilah di antara perkara perkara yang boleh menegakkan negara dan menguatkan kewujudannya.

Kita sekarang hanya melatih seorang anggota polis dan kita menyangka apabila ia bernama Abdullah atau Abdul Rahman misalnya maka mestilah ia berugama Islam. Kita hanya melatihnya dari segi yang diperlukannya untuk menunaikan tugasnya sebagai seorang anggota polis. Kita langsung tidak merasa perlu untuk menjadikannya seorang polis yang Islam yang teguh imannya. Ini memberikan gambaran bahawa sistem latihan kita tidak berbeza dengan sistem latihan polis lain di dunia, bahkan sistem kita itu bulat-bulat tiruan dari sistem lain tadi.

Sistem ini akan mengakibatkan bahawa anggota polis itu akan tamat dari pusat latihan tanpa menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak Islam. Hanya sekadar yang boleh menjadikannya seorang yang layak menunaikan tugas-tugas penjaga keamanan, melainkan beberapa orang yang Tuhan kasihi saja yang
mempunyai akhlak Islam. Tetapi ini bukanlah hasil cara latihan kita, bahkan ia telah sedia berakhlak demikian atau pun ia dapati dari punca yang lain.

Oleh yang demikian tak usahlah saudara-saudara mengeluh jika ada di antara anggota polis kita yang terkena penyakit rasuah dan segala macam rupa jenayah dan skandal berlaku di bawah jagaan mereka serta merebaknya penyeludupan di bawah kawalan mereka, kerana saudara-saudara tidak pernah berusaha sedikitpun untuk menghiasi mereka dengan akhlak Islam yang mulia.

Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam

Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka, tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.

Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi. Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja.

Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.

Ada pun ibu-ibu pada masa akan datang mereka tidak pernah menyebut melainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya.

Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untuk mencatit sejarah kepahlawanan dan pengorbanan yang gemilang.

Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam. Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu.

Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka.

Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.

Wallahualam Bissawab

Sculpture 'King of Kings' HANGUS TERBAKAR ........ALlah Maha Kuasa



سمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

"وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ"

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan
[Surah Al Baqarah 1: 60]

๑۩۞۩๑ ๑۩۞۩๑ ๑۩۞۩๑ ๑۩۞۩๑ ๑۩۞۩๑๑۩۞۩๑ ๑۩۞۩๑๑۩۞۩๑۩۞۩๑

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.













oleh Ustaz Yusof Embong (uye)