Tunjukkanlah daku jalan, tenangkan jiwa hamba Mu Ya Rabb



بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.



"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)


Sekian lama blog ini sunyi tanpa artikel, kala hati ini kusut memikirkan permasalahan moga perkongsian ini dapat membantu diriku dan sahabat2 insyaAllah


Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA.


Tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan, jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan
...


Namun, sebaik2 manusia ialah orang yg cemerlang dalam menguruskan kehidupannya dgn baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi apa jua tekanan dengan hati yg tabah. Segala kesilapan yg lalu dijadikan sebagai iktibar dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita mundur mahupun kalah tapi pandanglah dari sudut perspektif yang positif sebagai pendoorong buat mencapai kejayaan, insyaAllah ...

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.


Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.


Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan iaitu:


  • membaca Al Quran disamping memahami maknanya. Al Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al Quran seseorang dpat menenagnkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyakkan bertaubat dan istighfar. Kita mesti mengenang akan dosa, renungkan kembali nikmat2 yg kita Allah berikan pd kita
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara kita mengikuti segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. Contohnya sahabat2 dan diri ana : tidak meninggalkan solat wajib, lakukan solat sunat danjuga kita hendaklah mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekahlah kerna kadangkala ianya menyebabkn jiwa kite tertekan dan sebaiknya hendaklah memberi sedekah. Dari ana tahu pabila kita bersedekah hati jadi tenang kerna jika tidak bersedekah hati nya dana akhlaknya akan disempitkan oleh Allah swt kerna berkira dengan rezeki Allah.
  • Selain itu, hendaklah kita bersangka baik kepada Allah swt. Dalam berbicara hendaklah lebih kita mengfokus butir2 yang positif serta mengharapkan keredhaan Ilahi dalam setiap ucapan kita. Hal ini demikian, setiap lafaz dituturkan adalah doa dan sangkaan kita pada Allah swt.
  • Paling utama sahabat2 dan bt diriku jua, apa pun usaha kita hendakalah bertawakal kepadaNya. Dalam erti kata lain, menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya. Kerna segala yang kita kecapi adalah kurniaan Allah swt bagi hambaNya terus berusaha meneruskan hidup didunia ini . InsyaAllah



Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb...


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)


WANITA dambaan setiap Wanita




بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.





“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Seorang wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa dalam pujian Allah Swt.



Secara umumnya wanita seringkali dikaitkan sebagai perhiasan dunia yang menjadi penyejuk hati dan mata. Ianya menjadi dambaan setiap wanita walaupun dalam keadaan yang sempurna atau pun tidak.Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.



Namun, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?



Malah, seringkali kita lihat wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau terpapar didada akhbar.Mengapa harus begini bukankah wanita sentiasa menjadi pujaan setiap insan bernama lelaki sehingga kita tidak sedar bahawa bidadari syurga cemburu terhadap wanita.


Kita tertanya-tanya apakah sebabnya.... namun garis pemisahnya hanya kerana sekeping hati. Ya benar ...hanya kerana sekeping hati.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Dan ketahuilah sahabat , bidadari mencemburui kesolehan wanita-wanita yang solehah dan sehingga sanggup menjadi khadam di akhirat nanti. Tidakkah kita bersyukur menjadi wanita ?
Wanita solehah yang menjadi dambaan setiap wanita-wanita didunia ini.


Namun sahabat,
jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk digunakan oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Sahabat, hal ini diibaratkan bunga plastik dan bunga sebenar. Berbanding bunga sebenar, bunga plastik pabila disembur dengan pewangi lebih harum dari bunga sebenar namun harumnya tidak kekal lama. Manakala bunga sebenar tetap harum walaupun diletak dimana-mana. Tapi bunga plastik kaku dan kita tidak dapat merasai kelembutan disebaliknya.



Apabila wanita yang hatinya jauh dari Tuhan jangan terkejut kerana mereka masih mampu menjadi perhiasan dunia. Ya!! perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya seperti cetak rompak yg mudah didapati. Natijahnya hati kaum Adam hanyut dengan perhiasan ciplak semata-mata. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!



Manakala Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki perhiasan sebenar bukan cetak rompak ye
ini kerana pastinya hidup akan ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Jadi sahabat manakah pilihan saudari? memilih untuk menjadi `bunga sebenar'. Wanita solehah yang membawa ketenangan ataupun memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran.



Dan ketahuilah sahabat-sahbatku,Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa dan Islam itu sendiri fleksible. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Fikir-fikirkanlah sahabatku ..kita sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan yg benar InsyaAllah ..