Menentukan Cinta Kerana Allah




بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)


Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.


Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperoleh pangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalu menghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.


Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga. Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain, sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.


Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dari wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untuk kehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapat melapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala maka cintanya itu dikira kerana Allah Ta’ala jua.


Segolongan para Salaf Saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati. Jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolong pencinta-pencinta yang mencari keredhaan Allah Ta’ala.


Juga, jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindungi dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya, atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu, ataupun dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci, seperti misal-misal yang disebutkan di atas tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana Allah Ta’ala.


Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dan dunia, seperti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang mencintai kerana Allah.


Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana Allah Ta’ala itu, ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabi salawatullahi alaihim sering menyeru kita berdoa, agar Allah s.w.t. mencukupkan kedua-dua keperluan dunia dan akhirat.


“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.” (al-Baqarah: 201)

Juga dalam doa yang ma’tsur berbunyi:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”


Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh, niscaya akan muncul wataknya perasaan suka membantu dan menolong serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.


Dalam hal ini manusia adalah berbeda menurut perbedaan darjat kecintaannya terhadap Allah azzawajalla. Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan-kepentingan dirinya, sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi, semuanya telah dibelanjakan bagi kepentingan orang yang dicintainya itu, Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri, manakala yang lain diberikan kepada orang-orang yang dicintainya.


Tidak kurang juga, orang yang membahagikan harta kekayaannya kepada dua, satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian lagi untuk kekasihnya, ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaan, dan ada sepersepuluh dan seterusnya. Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu, sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu, melainkan dengan kadar harta yang dibelanjakan kepada para kekasihnya. Maka barangsiapa hatinya telah dipenuhi oleh rasq cinta kerana Allah, tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi, selain dari cintanya kepada Allah semata-mata. Ketika itu tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya, melainkan semuanya dibelanjakan kerana Allah s.w.t.


Contoh dalam misal ini, ialah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq (Khalifah Islam pertama), beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah (untuk dikahwinkan kepada Rasulullah s.a.w. – pent), sedangkan aisyah itu cahaya matanya kemudian dibelanjakan semua harta bendanya kerana Allah s.w.t.


Dengan itu disimpulkan, bahwasanya sesiapa yang mencintai seorang alim atau’ abid, ataupun dia mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masanya beribadat atau membuat kebaikan, maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana Allah dan untuk Allah dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari Allah Ta’ala menurut kadar kekuatan cintanya itu.

Merdekakan Dirimu Dengan Ilmu



بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)


Merdekakan Dirimu Dengan Ilmu

Inilah penggalan perintah pertama yang diterima Nabi saw. Perintah ini menjadi fajar kelahiran ilmu pengetahuan dan semangat mencari ilmu bagi seluruh umat manusia. Nabi saw sama sekali tidak bisa membaca dan menulis (al-Ummî). Dari seorang Nabi yang al-ummi ini justeru lahir berbagai bacaan dan tulisan yang sarat pengetahuan, hikmah dan tuntunan yang demikian hebatnya mempengaruhi pola pikir, sikap dan tindakan manusia.


Masyhur ujaran beliau saw: Menuntut ilmu itu kewajiban bagi setiap muslim. Tuntutlah ilmu sekalipun di negeri Cina. Awal abad ke-7 M nasehat ini terucap, satu abad kemudian yaitu abad ke-8 kaum muslimin merajai ilmu pengetahuan di seluruh dunia. Seorang penulis barat menulis: “Dari abad ke-8 hingga akhir abad ke-14, ilmu pengetahuan Arab (Islam) barangkali adalah sains yang paling maju di dunia, yang jauh melampaui Barat dan Cina.” (Toby.E.Huff, the Rise of Early Modern Science).


Al-Ummi juga dapat dilihat dari sudut pandang lain, selain tidak dapat membaca dan menulis yaitu: keperawanan (virginitas). Nabi yang ummi tidak punya akses sama sekali untuk meraih ilmu melalui membaca dan menulis huruf-huruf karya manusia. Hati beliau suci (virgin) dari sentuhan ilmu manusia. Seperti Maryam yang suci rahimnya lalu Allah meniupkan Kalimat-Nya melalui Jibril as ke rahim itu maka lahirlah al-Masih ‘Isa as tanpa ayah. Hati Nabi saw yang suci dari pengajaran manusia ketika dihembuskan kalam Allah ke dalam hati itu melalui Jibril as maka lahirlah al-Quran. Hal ini menjadi landasan bagi Ilmu Ladunni dalam tradisi keilmuan kaum muslimin. Ketika seseorang membersihkan hati dari pengaruh jiwa rendah melalui riyâdhah dan menghadapkan hati kepada Allah Ta’ala melalui murâqabah maka Allah al-‘Alîm akan melimpahkan pada hati itu ilmu dari lautan ilmu-Nya. Nabi saw memberi isyarat tentang hal ini,


” Barang siapa mengamalkan ilmu yang telah ia ketahui maka Allah akan mewariskan padanya ilmu yang tidak ia ketahui.” Sabdanya lagi,” Barang siapa mengikhlaskan amal hanya karena Allah, selama empat puluh hari Allah akan memancarkan hikmah dari hatinya yang mengalir ke lisannya.”


Belajar kepada manusia dengan cara menghitamkan kertas dengan tinta. Belajar kepada Allah dengan cara memutihkan hati dari hitamnya noda dosa. Kedua cara belajar ini khas pada kaum mukmin. Berbeda dengan kebanyakan ilmuwan barat, ilmuwan muslim memandang alam sebagai sesuatu yang suci. Alam adalah ayat-ayat Allah yang harus dibaca dengan penuh khidmat seperti al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang harus dibaca dengan penuh khidmat. Secara etimologis Ayat (tanda) bererti al-alâmah al-zhâhirah (identiti yang sangat jelas), artinya ketika seseorang melihat ayat maka haruslah sejurus kemudian ia melihat juga sang pemilik ayat itu.


فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ

“… maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah…”

(QS. al-Baqarah:115)


Bila kita melihat alam semesta, sejurus kemudian kita tidak melihat wajah Allah maka pada hakikatnya kita buta meskipun melihat. Tidak ada kebutaan yang lebih dahsyat dibandingkan kebutaan jenis ini. Penyebabnya adalah kebodohan, yaitu kosongnya hati dari cahaya ilmu. Hijab terbesar antara hamba dengan Tuhannya adalah kebodohan. Kebodohan membuat orang terjajah tanpa bisa merdeka, terjajah oleh kegelapan hawa nafsu, dunia dan setan, yang menyebabkan ia gagal meraih kebahagiaan.


Satu-satunya cara untuk merdeka adalah usir kebodohan dengan senjata ilmu pengetahuan.



Mengapa kita membina diri kita?


بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Siapa lagi yang akan membina diri kita kalau bukan kita sendiri?

Usaha tarbiyyah(pembinaan) diri yang diberikan seorang Muslim/Muslimah kepada dirinya adalah untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna di seluruh sisinya.


Pemahaman konsep tarbiyyah (pembinaan diri)

Pemahaman lain yang tidak tepat di mana proses pembinaan diri hanyalah untuk kanak-kanak atau para remaja, sedangkan pembinaan itu berterusan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Malangnya, tidak ramai yang dapat membantu kita membina diri. Pembinaan diri juga mampu membina benteng pertahanan untuk melawan ragam fitnah dan pujuk rayu untuk gugur, malas, merasa takut dengan masa depan dan berputus asa dengan realiti sekarang.

Namun ramai yang tidak ambil endah pada pembinaan diri ini. Di antaranya adalah kerana ketidaktahuan pada dalil-dalil Al-Quran dan as-sunnah yang mengajak kepada Tarbiyyah Dzatiyah(kepentingan) , kelebihan dan pahala amalan-amalan salih, hasil-hasil positive pada diri sendiri di dunia dan di akhirat, dan betapa syaitan tidak pernah berhenti berusaha menjauhkan kita dari melakukan ketaatan dan kebaikan. Ramai juga yang terikat dengan dunia sehingga dunia dijadikan tujuan hidupnya, contohnya pangkat dan pernikahan, sehingga lupa pada pembinaan dirinya, pembersihan, pembaikan dan pengarahan dirinya. Hasilnya, sebahagian besar kehidupannya sia-sia belaka dan lupa dasr tujuannya keberadaannya di dunia untuk beribadah kepada Allah, taat kepadaNya, bersungguh-sungguh di jalanNya dan berdakwah(mengajak) kepadaNya.

Oleh itu wajiblah kita sendiri yang mengambil inisiatif untuk membina dan mengarah diri kita sendiri. Di antara masalah yang ada pada diri kita apabila hendak membina diri ialah tarikan antara kehendak hati kita. Ketika kita hendak berubah akan terdapat bisikan-bisikan yang akan melambatkan proses tersebut, menangguhkan keinginan untuk berubah, menunggu-nunggu hari yang paling ideal untuk dia berubah. Padahal, hari berganti hari, namun ia tidak melakukan perubahan dan kebaikan.

Maka hidup dalam linkungan positive akan membantu seseorang untuk istiqamah, peduli dengan tarbiyyah(pembinaan) dan tazkiyah(penyucian) dirinya. Hal ini demikian mampu membantu usaha tarbiyyah(pembinaan) diri bagi seseorang Muslim/Muslimah untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna.